sukan

Kuda Tua Selangor bukan biasa – biasa

Kuda tua’ dari Jordan, Baha’ Abdelrahman yang diikat Selangor FC jelas masih berada dalam keadaan yang terbaik sekali gus kehadirannya dapat memperkasa jentera tengah pasukan bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2022.

Keyakinan itu disuarakan ketua jurulatih skuad The Red Giants, Michael Feichtenbeiner yang mengakui pemain berusia 34 tahun itu mampu menjadi pemimpin yang agresif di bahagian tengah padang sekali gus membantu mengukuhkan pertahanan mereka.

Jelas pengendali dari Jerman itu, pasukan memerlukan pemain yang boleh melakukan pelbagai ‘kerja’ seperti beraksi di posisi nombor enam, boleh mengatur bahagian tengah serta membantu pasukan dalam s3rangan.

Saya sangat kagum dengan persembahan Baha’ terutamanya pada usia 34 tahun. Usianya tidak relevan kerana pengalaman luas yang diperolehnya selain memiliki tahap kecergasan yang masih tinggi.

“Baha bermain dalam semua perlawanan antarabangsa dengan Jordan dalam saingan Piala Arab. Dia mengetuai Jordan dan beraksi 120 minit ketika menentang Mesir dalam peringkat suku akhir.

“Ini jelas menunjukkan bahawa pemain ini masih cergas,” katanya.

Sebagai rekod, bekas pemain Al-Faisaly itu menyertai rakan senegaranya, Yazan Al Arab yang turut memperkasa skuad Merah Kuning itu bagi musim depan.

Dalam perkembangan sama, pemain berketinggian 178 sentimeter itu tampak teruja untuk memulakan cabaran baharunya bersama SFC.

Saya gembira dapat menyertai kelab sebesar SFC. Saya akan datang jauh dari Jordan dan tidak sabar untuk bermain dalam Liga M.

sumber:- BH

“Kami akan cuba sedaya upaya untuk meletakkan SFC kembali mencabar di tangga teratas seperti mana ia sepatutnya,” katanya.