sukan

Penampilan TERBAIK Bersama Skuad Harimau Malaya

Penampilan menyerlah bersama skuad Harimau Malaya dalam Piala AFF membolehkan M Kogileswaran Raj mendapat pelanjutan kontrak dengan Petaling Jaya (PJ) City FC untuk mengharungi Liga Super 2022.PJ City menerusi hantarannya di laman Facebook mengumumkan pemain sayap berusia 23 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu kekal bersama skuad Phoenix untuk tiga musim berturut-turut sejak menyertainya dari Pahang pada musim 2020.

“Kami dengan gembira mengumumkan kontrak Kogileswaran Raj sudah dilanjutkan. Seroang individu yang bekerja ker4s, memberikan 100 peratusnya di padang sehingga dipanggil untuk Piala AFF. Semoga berjaya pada musim hadapan,” kata PJ City.

Kogileswaran Raj yang melakukan enam penampilan untuk Malaysia, menjaringkan dua gol buat Harimau Malaya dalam perlawanan Kumpulan B Piala AFF semasa menew4skan Kemboja 3-1 dalam perlawanan pembukaan dan ketika tew4s 1-4 kepada musuh k3tat Indonesia dalam perlawanan akhir kumpulan.

SUMBER:HMETRO

Bagaimanapun, Malaysia ggal mara ke separuh akhir selepas menduduki tangga ketiga di belakang Indonesia dan Vietnam kerana hanya dua pasukan teratas layak ke peringkat itu.