Info sukan

Petanda Thailand buat Malaysia

Thailand kembali menjadi lawan yang mengg3runkan buat Harimau Malaya sekiranya sekali lagi berada dalam kumpulan sama pada pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023.

Ia selepas skuad Gajah P3rang dilihat sudah kembali kepada prestasi sebenar mereka apabila mempamerkan persembahan cemerlang dan muncul juara Piala AFF 2020 selepas menewaskan Indonesia 6-2 secara agregat.

Berbanding sebelum ini, rekod pertemuan Malaysia berdepan Thailand dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini dilihat lebih memihak Harimau Malaya.

Ia termasuk anak buah Tan Cheng Hoe menewaskan Thailand dalam dua pertembungan Kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selain menyingkirkan Gajah P3rang di separuh akhir Piala AFF 2018.

Ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking menegaskan bahawa pasukannya akan meneruskan persembahan cemerlang dalam kejohanan seterusnya termasuk kempen kelayakan Piala Asia 2023.

Selepas beberapa tahun yang sukar, bola sepak masih menjadi peluang yang baik untuk menggembirakan orang ramai dan saya harap ini adalah hadiah Tahun Baharu untuk semua orang di Thailand, selepas tempoh sukar.

Saya sangat gembira kerana kami menang dan juga kami menang dengan cara yang istimewa. Saya perlu berterima kasih kepada semua orang termasuk staf, pegawai dan terutamanya pemain.

Ini adalah kejohanan berprestij dan kami sangat gembira memenanginya. Namun, kami tidak mahu berhenti di sini dan kemudian tidak mendapat peluang dalam kelayakan Piala Asia.

“Kami mempamerkan beberapa corak permainan bola sepak yang cemerlang, bertahan dengan baik dan mencipta peluang terbanyak dalam kejohanan. Jadi, kami perlu membawa kepercayaan itu ke peringkat seterusnya.”

Bukan sahaja Thailand, Harimau Malaya juga perlu lebih berwaspada dengan naib juara Piala AFF 2020, Indonesia sekiranya ditakdirkan berdepan mvsuh tradisi itu lagi selepas ini.

Harimau Malaya berjaya menundukkan Indonesia dua kali dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, namun kebangkitan prestasi yang dipamerkan skuad Garuda di pentas Piala AFF 2020 harus menjadi peringatan buat Harimau Malaya.

sumber:- BH

Pengajaran paling besar sudah pasti ketika skuad kendalian Tan Cheng Hoe dib3lasah 1-4 di tangan anak buah Shin Tae Yong itu pada aksi terakhir Kumpulan B.