sukan

Kedah Kini Sudah Mencapai Target

Alor Setar: Naib juara Liga Super 2021 Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melengkapkan kuota 25 barisan pemain tempatannya dengan mengumumkan pertahanan tengah Rodney Celvin sebagai pemain tempatan terakhir dalam pasukan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim 2022.

Penebusan kontrak berbaki setahun dari Selangor FC adalah gambaran prestasi cemerlang di ruang benteng yang ditampilkan pemain berdarah kacukan Malaysia-Ghana itu bersama skuad Hijau Kuning sejak dipinjamkan ke Kedah bermula musim 2021.

KDA FC dilihat memilki perancangan jangka panjang apabila difahamkan khidmat Rodney akan terus dit4gih selama dua musim lagi bersama KDA FC.

Penyertaan Rodney ke Kedah dimaklumkan melalui laman media rasmi KDA FC semalam yang menyaksikan pemain kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu kini berstatus kontrak penuh bersama KDA FC bermula musim ini.

“Prestasi cemerlang beliau bersama pasukan meyakinkan barisan kejurulatihan untuk terus mendapatkan khidmatnya secara tetap dan ini dibuktikan dengan usaha berterusan pihak pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali sejak bulan lepas dan ianya telah membuahkan hasil,” menurut kenyataan itu lagi.

Dengan kemasukan Rodney sebagai pemain tempatan terakhir ke dalam skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk musim baharu, KDA FC kini memasuki fasa akhir bagi melengkapkan senarai 30 pemainnya selepas memuktamadkan 27 nama pemain setakat ini.

sumber:hmetro

Berbaki tiga lagi pemain, KDA FC bakal memuktamadkan tiga lagi pemain import dalam masa terdekat, selepas mengesahkan Jang Suk Won dan Dechi Marcel sebagai dua import baharu skuad Hijau Kuning untuk musim 2022.