sukan Syok Woo Baca

Kelebihan Thailand cipta Kemenangan Bertemu Indonesia

Indonesia terus dihimpit badi di penampilan final Piala AFF Suzuki apabila sekali lagi terpaksa berpu4s hati dengan status naib juara selepas tewas 6-2 secara agregat kepada Thailand.

Dalam aksi final kedua di Stadium Nasional Singapura sebentar tadi, kedua-dua pasukan terikat 2-2 namun keputusan itu sudah memadai buat Thailand mengesahkan kejuaraan buat kali keenam.

Selepas tewas 4-0 di aksi pertama, motivasi pemain Indonesia langsung tidak terkesan dan berjaya memulakan aksi timbal balik dengan permainan berbeza berbanding apa yang dipersembahkan pada perlawanan pertama, Rabu lalu.

Misi kebangkitan Indonesia bermula dengan cukup positif apabila berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-7 menerusi Ricky Kambuaya selepas rembatan yang dilakukannya gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol lawan, Siwarak Tedsungnoen.

Walaupun Thailand turut memiliki beberapa peluang di babak pertama, gerakan diatur seakan tidak agresif seperti yang dijelmakan skuad Garuda.

Kehadiran semula Pratama Arhan pada perlawanan ini menghadirkan perbezaan kepada tempo permainan Indonesia namun tiada tambahan jaringan berjaya dihasilkan untuk menamatkan 45 minit pertama dengan 1-0.

Tiga pertukaran yang dilakukan pengendali Thailand, Alexandre Polking di babak kedua jelas menjadi percaturan berbaloi apabila tampil dengan aksi berlainan berbanding apa yang dipersembahkan di separuh masa pertama.

Hasilnya, skuad Gajah Perang memperoleh dua gol dalam tempoh dua minit menerusi pemain gantian, Adisak Kraisorn pada minit ke-54 dan tonggak tengah, Sarach Yooyen, minit ke-56.

Minit ke-80, Egy Maulana Vikri menghasilkan gol kedua Indonesia untuk menghidupkan semula sisa perjuangan namun ia seakan terlambat untuk menghalang Thailand menoktahkan status selaku Raja Asia Tenggara. – K! ONLINE