Saham pemain sayap kebangsaan, Safawi Rasid terus menunjukkan trend menaik dengan dia diletakkan ‘tanda harga’ sebanyak €325,000 (RM1.5 juta).
Jumlah itu berdasarkan nilai pasaran yang diletakkan laman www.transfermarkt.com pada kemas kini, 23 November lalu dan ia adalah tanda harga tertinggi pernah di diberikan terhadap Safawi sepanjang kerjayanya.
Malah, nilai pasaran bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu juga dijangka akan terus meningkat susulan prestasi yang dipamerkan sepanjang Piala AFF 2020 bersama Harimau Malaya.
Walaupun Harimau Malaya terkandas di peringkat kumpulan, Safawi boleh dikatakan pemain paling menyerlah dalam skuad Tan Cheng Hoe dengan mel3dak empat gol.
Lebih manis, jumlah jaringan itu membolehkan dia dinobatkan pemenang kasut emas bersama dua bintang Thailand, Chanathip Songkrasin dan Teerasil Dangda serta striker Filipina, Bienvenido Maranon.
Pengasas bersama Exeliq Sports Management Sdn Bhd, Faidauz Azhar menjelaskan antara faktor penyumbang kepada peningkatan nilai pasaran pemain termasuk prospek masa depan, usia, tahap liga, persembahan bersama kelab dan pasukan kebangsaan, pengalaman serta nilai pemasaran.
Antara faktor (peningkatan nilai pasaran Safawi) sudah pasti termasuk JDT muncul juara (Liga Super) dan meraih kejayaan lain dalam Liga Malaysia (Liga M).
Dia (Safawi) pun sepanjang Piala AFF 2020 nampak sudah dapat semula prestasi dia. Dia nampak bagus di Piala AFF ini, walaupun mungkin masih lagi belum berada pada tahap terbaik macam dulu.
Sudah pasti perkara itu (prestasi di Piala AFF) akan memberi impak kepada nilai pasaran pemain. Apabila liga musim ini bermula dan kalau Safawi boleh kekalkan prestasi dia, nilai dia akan naik lagi.
“Benda ini memang jadi faktor, persembahan dia bersama pasukan kebangsaan dan bila menang anugerah (kasut emas) walaupun anugerah bersama pemain lain, ia akan menjadi antara faktor (peningkatan nilai pasarannya),” katanya kepada BH Sukan.
Sebelum ini, nilai pasaran Safari menurun ke €200,000 (RM950,000) pada kemas kini dilakukan 30 Disember 2020 yang mana selepas dia dipinjamkan ke kelab Portugal, Portimonense.
Namun, nilai pasarannya naik semula kepada €300,000 (RM1.4 juta) pada kemas kini nilai pasarannya, 30 Jun tahun lalu selepas dia kembali semula ke pangkuan Harimau Selatan.
sumber:- BH
Nilai pasaran Pemain Paling Bernilai Piala AFF 2020, Chanathip Songkrasin pula jauh lebih tinggi dengan €1.6 juta (RM7.5 juta) dan tanda harga itu dianggap sesuai dengan prestasinya selain bermain di liga utama Jepun bersama, Hokkaido Consadole Sapporo.