sukan Syok Woo Baca

Kehadiran Rodney Celvin Pencetus Semangat KDA FC

ALOR SETAR: Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melengkapkan kuota 25 barisan tempatan bagi menghadapi saingan musim 2022 dengan mengumumkan Rodney Celvin sebagai pemain terakhir.

Pemain pertahanan berdarah kacukan Malaysia-Ghana ini sebelumnya beraksi bersama Selangor FC dan dipinjamkan kepada skuad Lang Merah musim lalu. Dia mengikat kontrak bersama Kedah selama dua musim.

Penyertaan Rodney itu diumumkan melalui laman media rasmi KDA FC semalam dengan menyaksikan pemain kelahiran Sarawak berusia 26 tahun itu kini berstatus kontrak penuh bermula musim ini.

“Akhirnya KDA FC mendapat pelepasan Rodney Celvin secara penebusan kontrak melalui rundingan antara KDA FC dan Selangor FC yang berlangsung sebelum ini. KDA FC akhirnya berjaya mengikat beliau secara kekal untuk perancangan jangka masa panjang selaras dengan penstrukturan semula pasukan bagi musim 2022.

“Usaha mengikat khidmat pemain pertahanan ini telah melalui beberapa cabaran selepas status pinjaman beliau dari pasukan Selangor FC ke KDA FC tamat pada November lalu.

“Prestasi cemerlang beliau bersama pasukan telah meyakinkan barisan kejurulatihan untuk terus mendapatkan khidmatnya secara tetap dan ini dibuktikan dengan usaha berterusan pihak pengurusan yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali sejak bulan lepas dan ianya telah membuahkan hasil,” katanya.

Dengan kemasukan Rodney sebagai pemain tempatan terakhir ke dalam skuad kendalian Aidil Sharin Sahak untuk musim baharu, KDA FC kini memasuki fasa akhir bagi melengkapkan senarai 30 pemaina selepas memuktamadkan 27 nama pemain setakat ini.

sumber: bh

KDA FC bakal memuktamadkan tiga lagi pemain import dalam masa terdekat, selepas mengesahkan Jang Suk Won dan Dechi Marcel sebagai dua import baharu untuk musim 2022.