sukan Syok Woo Baca

Pelantikan bekas ketua jurulatih

Sri Pahang FC hari ini mengumumkan pelantikan bekas ketua jurulatih kelab itu musim lalu, Dollah Salleh sebagai pengurus pasukan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran pada akaun Facebook rasminya, Sri Pahang turut mengumumkan pelantikan Datuk Che Nasir Salleh sebagai penolong pengurus pasukan.

Pada awal musim lalu, Dollah dilantik sebagai pengurus pasukan sebelum mengambil tanggungjawab sebagai ketua jurulatih daripada Thomas Dooley selepas dua perlawanan sehingga berakhir musim.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi pula dilantik sebagai penolong jurulatih kepada Christophe Gamel yang dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Sri Pahang.

Ahmad pernah berkhidmat sebagai ketua jurulatih bersama beberapa pasukan Liga Super sebelum menyertai Sri Pahang sebagai penolong jurulatih pada 2020.

Ahmad Shaharuddin pula sudah berada dalam barisan kejurulatihan Sri Pahang sama ada sebagai ketua jurulatih dan penolong sejak 2010.
Turut menyertai barisan kejurulatihan Sri Pahang musim baharu ialah Rais Dermawan Kamarudin yang sebelum ini berkhidmat bersama skuad Piala Presiden, selaku jurulatih penjaga gol.

sumber:- HM

Seorang lagi bekas pemain, Jalaluddin Jaafar pula kembali ke dalam skuad Tok Gajah sebagai pegawai tadbir pasukan manakala Datuk Mohammed Suffian Awang kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab.