sukan Syok Woo Baca

Adakah beliau bakal jadi pengendali bimbing skuad Harimau Malaya

(KL) City FC sedia melepaskan Bojan Hodak jika pengendali kelahiran Croatia itu mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membimbing skuad Harimau Malaya.

Ketua Pegawai Eksekutif KL City FC, Stanley Bernard berkata, pengurusan kelab itu akan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat Bojan demi kebaikan semua pihak.

Kami telah adakan perbincangan dengan Bojan berhubung perkara berkenaan semalam (Isnin) dan bagi saya, perbincangan itu telah berlangsung dengan telus dan harmoni.

Memang dari dulu lagi kami telah berbincang mengenai perkara ini yang mana saya memang ada bertanya kepadanya apakah cita-citanya dalam bola sepak. Kata Bojan, memang menjadi impiannya untuk melatih pasukan negara.

“Sekiranya benar beliau mendapat panggilan (tawaran membimbing skuad negara), saya memang sokong dan saya tidak akan menghalang beliau meninggalkan KL City,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Peletakan jawatan Tan Cheng Hoe selaku pengendali Harimau Malaya pada Isnin telah menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya calon yang sesuai untuk mengambil alih tanggungjawab berkenaan.

Selain Bojan, nama pengendali skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara, Brad Maloney turut disebut-sebut selaku calon yang dilihat bersesuaian bagi menggantikan tempat Cheng Hoe.

Untuk rekod, Bojan pernah mengemudi skuad B-19 negara mulai 2017 hingga 2019 sebelum tempatnya diambil alih Brad Maloney apabila FAM tidak melanjutkan kontraknya.

Buat masa ini, fokus Bojan mempersiapkan pasukan menghadapi Liga Malaysia (Liga-M). Kami juga masih belum menerima apa-apa tawaran rasmi mahupun tidak rasmi daripada FAM.

Jika ada tawaran, sudah tentu akan ada lagi perbincangan dengan Bojan. Cuma saya melihat perkara ini sebagai lumrah bagi seorang yang bergelar jurulatih profesional.

sumber:- SH

“Saya juga pernah bergelar pemain sebelum ini dan sebagai jurulatih dan pemain, sudah pasti kami mahu ke tempat yang lebih tinggi dalam karier bola sepak,” jelas Stanley.