sukan Syok Woo Baca

Jurulatih tempatan atau jurulatih import

KUALA LUMPUR: Sama ada jurulatih tempatan atau jurulatih import, individu yang bakal menggalas tugas sebagai jurulatih baharu skuad Harimau Malaya perlu berdepan ‘banyak kerja’ dan cabaran untuk membentuk pasukan yang lebih mantap.

Pemerhati bola sepak tempatan, Dr Pekan Ramli melihat antara cab4ran terbesar adalah kekangan masa terutama selepas mengambil kira tugasan penting pertama skuad kebangsaan adalah kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Selain itu, Pekan yang juga Ketua Seksyen Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengharapkan jurulatih baharu mendapat gambaran yang jelas dalam usaha membentuk pasukan selain memahami kelemahan yang perlu diperbetulkan.

“Tempoh masa yang singkat menuju ke kelayakan Piala Asia 2023 sudah tentu memberi cabaran. Dalam tempoh ini, sesiapa pun yang dilantik perlu memastikan pasukan yang dibentuk itu mampu layak untuk beraksi di Piala Asia.

“Individu itu juga perlu mendapat gambaran yang jelas, lagi-lagi kalau jurulatih import yang tidak begitu mengetahui iklim bola sepak tempatan. Kita harap dia dapat memilih pemain yang benar- benar layak dipanggil dan bukan terpaksa mendengar cadangan daripada pihak tertentu.

“Kalau jurulatih import yang dipilih, mungkin perlu ada panel penilai untuk cadangan pemilihan pemain untuk mengelak sebarang persepsi negatif. Jurulatih perlu tahu kelemahan yang ada dan cari jalan bagi mengatasi kelem4han itu.

“Jurulatih juga perlu ada satu corak permainan sesuai dengan barisan pemain yang dipanggil dan permainan bola sepak moden. Kalau tukar jurulatih pun tetapi tiada perubahan, alamatnya kita akan terus tercIcir,” katanya.

Dalam masa sama, Pekan juga menyifatkan Cheng Hoe sebagai seorang yang berjiwa besar apabila sanggup mengakui keg4galan yang membawa kepada peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

“Kita kena hormat pada Cheng Hoe kerana beliau sanggup hilang segala kepentingan, gaji yang besar serta prestij yang tinggi sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

“Peletakan jawatan berbeza dengan penyIngkiran ataupun dipec4t, jadi Cheng Hoe sememangnya seorang yang berjiwa besar,” katanya.

Isnin lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar mengumumkan Cheng Hoe membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.

SUMBER: BH

Katanya, Cheng Hoe sudah mengadakan perbincangan dengan pengurusan FAM dan menyatakan hasrat itu berikutan keg4galan skuad Harimau Malaya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.