KUALA LUMPUR: Mesin gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva akan mendapat gandingan baharu di bahagian s3rangan Harimau Selatan bagi mengharungi saingan musim ini.
Ia selepas JDT dikatakan bakal merekrut seorang lagi pemain di bahagian serangan dan melihat kepada bayangan yang diberikan pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bintang baharu itu bukan calang-calang pemain.
Spekulasi bertiup k3ncang bahawa pemain baharu JDT itu pernah beraksi di Liga Itali, Serie A selepas melihat kenyataan Tunku Ismail di laman Twitter.
“Saya suka Serie A. Bergson kata dia kesunyian di bahagian hadapan,” tulis TMJ di Twitter miliknya, semalam.
Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, ia pasti menambahkan lagi kekuatan di bahagian s3rangan JDT dan akan bergandingan dengan Bergson selaku pemenang kasut emas Liga Malaysia musim lalu dan Arif Aiman Hanapi pula Pemain Paling Bernilai (MVP).
Selain itu, khabar angin juga bertiup bahawa juara lapan kali berturut-turut Liga Super itu akan mengikat pemain kebangsaan Filipina yang juga penjaring terbanyak Piala AFF 2020, Bienvenido Maranon.
Maranon dikaitkan dengan perpindahan ke JDT selepas pemain itu sah meninggalkan kelab Filipina, United City FC.
sumber: bh
Pemain berusia 35 tahun itu berkongsi anugerah kasut emas Piala AFF 2020 bersama pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid dan dua bintang Thailand, Chanathip Songkrasin serta Teerasil Dangda selepas masing-masing meledak empat gol.