sukan

Luahan Dari TMJ sendiri

Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka kembali menggunakan khidmat ‘marquee player’ pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bagi digandingkan penjaring terbanyak liga musim lalu, Bergson Da Silva.

Segala kemungkinan itu diluahkan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Twitter apabila mengakui sedang membvru striker baharu yang dikaitkan dengan kelab berpengkalan di Milan atau lebih tepat yang beraksi di San Siro dalam Seria A, Itali.

Lantas, dua kelab yang berkongsi venue sama di San Siro iaitu AC Milan dan Inter Milan, dikaitkan antara s4saran JDT untuk membawa masuk ayam tambatan baharu ke Stadium Sultan Ibrahim musim ini.

“Saya suka Serie A. Bergson kata dia kesunyian di bahagian hadapan,” tulis Tunku Ismail di Twitter miliknya, semalam.

Sebelum ini, pemain yang beraksi di Liga Itali sering menjadi perhatian skuad Harimau Selatan seperti striker dari Argentina, Luciano Figueroa yang beraksi buat Genoa dari 2006-2010, tonggak pertahanan dari Brazil, Mauricio yang bermain untuk Lazio dari 2015-2018 dan beberapa pemain lagi.

Malah, di laman sosial menyaksikan usikan nakal netizen yang mahu Tunku Ismail membawa masuk pemain AC Milan, Zlatan Ibrahimovic dan Alexandre Pato ke JDT.

Sekiranya spekulasi itu menjadi kenyataan, ia pasti menambahkan lagi kekuatan di bahagian s3rangan pasukan juara lapan kali Liga Super berturut-turut itu.

sumber:- HM

Nilai pemasaran JDT juga dijangka meningkat dan bakal menarik lebih banyak penaja selain jumlah pengikut serta penyokong akan bertambah sekali gus menjadi perhatian seluruh dunia.