sukan

Lagenda diJadikan sumber ilham dan semangat

Bekas pertahanan kebangsaan, Fitri Omar, menjadikan Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin sebagai sumber inspirasi untuk meneruskan kariernya sekalipun terpaksa turun pangkat ke Liga M3.

Perkongsian itu dibuat Fitri kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, selepas menandatangani kontrak bersama BRM FC sebaik meninggalkan Kelantan United untuk musim 2022.

Saya hampir berputus asa tapi saya mahu mencontohi Shukor dan Indra Putra.”Cuma saya dapati tahap (kecergasan) dalam latihan selama tiga minggu ini memang jauh, apatah lagi dalam Liga Perdana dan Liga Super.

“Tapi saya masih berasakan mampu beraksi lagi,” katanya.Fitri akan beraksi pada usia 37 tahun apabila menyertai BRM yang juga pasukan ke-10 dalam kariernya.

Antara pasukan yang pernah diwakili pemain kelahiran Sabak Bernam, Selangor, itu sebelum ini terdiri daripada Kedah Darul Aman, Penang, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MP Muar.

Apa pun, pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2011 tersebut mahu menjadikan pasukan yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak, itu sebagai pelantar kembali ke pentas utama Liga Malaysia.

Selain itu, Fitri juga sedia mempertimbangkan untuk beralih dari posisi pertahanan kiri kepertahanan tengah selepas berdepan persaingan dengan rakan sepasukannya, Azmeer Yusof.

“Azmeer masih muda (oleh itu lebih sesuai sebagai bek kiri), jadi saya beralih ke pertahanan tengah.
Masa awal di Kedah pun Tan Cheng Hoe letak saya sebagai pertahanan pusat.

sumber:- SA

“Kami sasarkan ke Liga Perdana sebab pasukan ini mempunyai ramai pemain yang sedia bekerja k3ras.”