sukan Syok Woo Baca

TFC II mencapai KPI

Kuala Terengganu: Kejayaan empat pemain Terengganu FC II (TFC II) ‘dinaikkan pangkat’ beraksi bersama pasukan utama, Terengganu FC (TFC) musim ini menggembirakan pengendalinya, Badrul Afzan Razali.

Badrul yang dibantu bek4s pemain kebangsaan, Subri Sulong membimbing skuad TFC II musim lalu akui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pasukannya untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti sebagaimana yang ditetapkan pihak pengurusan tercapai.

Empat pemain berkenaan termasuk penjaga gol, Mohd Suhaimi Husin, Syafik Ismail (s4yap), Muhammad Hairiey Hakim Mamat (pert4hanan kiri) dan pemain tengah, Muhammad Zuasyraf Zulkiefle.Badrul menambah, selain berjaya menempatkan diri dalam skuad utama, beberapa pemainnya juga turut diintai pasukan lain dalam mengharungi k4ncah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Malah katanya, pemain TFC II juga berjaya menarik perhatian jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Brad Maloney apabila tiga pemainnya iaitu Syafik, Muhammad Hairiey Hakim dan Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar dipilih menyarung jersi skuad negara.Sebagai jurulatih sudah tentu saya begitu gembira dengan pencapaian mereka yang terpilih menyarung jersi skuad utama musim ini.

Selain itu ada beberapa pemain juga sedang berunding dengan pasukan lain yang beraksi dalam saingan Liga M musim ini.Perkembangan ini sesuatu yang p0sitif bukan sahaja kepada pasukan yang berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti, tapi lebih penting kepada pemain itu sendiri kerana ada antara mereka berjaya menyarung jersi skuad kebangsaan B-23 Tahun.

sumber: hmetro

“Sejujurnya masih ada beberapa lagi pemain yang boleh diketengahkan beraksi bersama pasukan utama dan juga kebangsaan, namun masih belum tiba masanya buat mereka dipanggil, Insya-Allah kami akan gilap mereka lagi,” kata bekas pemain tengah Terengganu itu ketika dihubungi.