sukan

Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC) lepaskan gian

Kuala Terengganu: Bukan pemenang dicari sebaliknya hubungan silaturahim menjadi agenda utama Kejohanan Bolasepak Kelab-Kelab Penyokong Terengganu FC yang berlangsung di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak, kelmarin.

Dalam kejohanan edisi sulung 9 sebelah yang disertai sepuluh pasukan itu, Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu Darul Iman (TFFC) muncul juara selepas menumpaskan kelab GanuCyber 4-1.

Tempat ketiga milik Kelab Penyokong Bolasepak dan Futsal Terengganu manakala Kelab Anok Tranung FC keempat.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Apli Yusof dan Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas.

Pengerusi kejohanan, Mazuki Muhamad berkata, kejohanan edisi pertama itu berjaya mencapai matlamat iaitu mengukuhkan semangat penyatuan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kelab penyokong.

“Demi mengukuhkan hubungan silaturahim antara kelab penyokong yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan TFC dan Terengganu FC II (TFC II), kita menyahut cabaran dengan mengadakan kejohanan itu.

“Insya-Allah selepas ini kita akan adakan program lain agar hubungan antara pasukan TFC, TFC II dengan kelab penyokong sentiasa erat demi kecemerlangan pasukan.

sumber: bh

“Kami juga meletakkan harapan tinggi agar semua pemain yang dipilih mewakili skuad utama dan ‘feeder Club’ dapat memperagakan aksi cemerlang setiap kali bermain bagi memastikan skuad kita berjaya sekurang-kurangnya meraih satu piala kejuaraan musim ini,” katanya yang juga berterima kasih kepada penaja yang turut sama menjayakan kejohanan itu.