sukan

Masih kekal bersama Sabah FC

KOTA KINABALU: Pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani kekal bersama Sabah FC untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Perkembangan itu disahkan Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir, ketika ditanya mengenai status terkini pemain s4yap kiri skuad Sang Badak itu.Katanya, Saddil sendiri mengesahkan yang dia masih komited bersama Sabah FC dan akan menyertai kem latihan bersama pemain lain bermula Khamis ini selepas selesai menjalani kuarantin di Kuala Lumpur.

Saddil sebelum ini dilaporkan dilamar sebuah kelab Serbia.Marzuki apabila diminta mengulas lanjut, mengesahkan ada menerima permohonan dari sebuah kelab Serbia melalui seorang ejen namun ditolak kerana kelab terbabit mahukan Saddil secara percuma.Kita tidak boleh menerima permintaan berkenaan disebabkan kesuntukan masa untuk mencari pengganti kuota pemain import Asia Tenggara yang sememangnya bukan mudah kerana kebanyakan liga di Asia Tenggara akan bermula tidak lama lagi.

“Sekiranya kontrak masih ada, proses perpindahan tidak boleh dilakukan secara percuma kerana dalam industri bola sepak profesional perlu ada yuran perpindahan yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua kelab.

“Sebab itu kita tolak (permohonan melepaskan Saddil). Sabah FC memerlukan dana apabila menandatangani pemain baharu. Kita juga perlu bayar yuran ejen termasuk pengurusan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi latihan skuad Sang Badak di Stadium Likas, Kota Kinabalu, di sini, petang tadi.

Mengulas mengenai sesi latihan Sabah FC, Marzuki berkata hari ini adalah hari pertama buat tiga tonggak pasukan kebangsaan iaitu Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Dominic Tan.Kehadiran ketiga-tiga pemain berkenaan, katanya diharap mampu menguatkan Sabah FC untuk menghadapi Liga M musim ini.

Beliau turut menyatakan gembira dengan persiapan awal yang dilakukan Sabah FC terutama untuk mewujudkan keserasian dalam kalangan pemain.Perubahan ini semakin ketara dan sekarang hanya menunggu beberapa pemain lain selain pemain import yang akan tiba dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran Sabah FC tahun ini, Marzuki berkata, masih terlalu awal untuk pasukan itu menetapkan sebarang sasaran dalam Liga Super musim ini.

sumber: bh

“Kita akan tetapkan sasaran tetapi apa yang boleh saya katakan musim ini Sabah FC melakukan persediaan awal yang cukup baik di samping memiliki gandingan pemain yang cukup baik berbanding tahun lalu,” katanya.