sukan

Tidak ramai jurulatih bola sepak berkualiti

KUALA LUMPUR: Ketiadaan jurulatih tempatan yang mampu mengangkat kualiti permainan skuad kebangsaan mungkin memaksa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapatkan ‘resipi luar’ untuk Harimau Malaya.

Demikian pandangan bekas Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo ketika diminta mengulas sama ada jurulatih tempatan ataupun jurulatih asing sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe.

De Roo mengakui jawatan terbabit patut diisi oleh anak tempatan namun ketiadaan ‘sumber’ yang terbaik buat masa ini menyaksikan harapan itu sukar untuk direalisasikan.

Saya suka kalau jurulatih baru itu adalah orang tempatan tetapi saya berada lama di Malaysia dan setakat ini, Cheng Hoe adalah jurulatih tempatan yang terbaik.”Kalau boleh, sudah tentu kita mahukan jurulatih tempatan tetapi soalan pertama adalah kita perlukan jurulatih yang ada kualiti untuk membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi.”Anda baru sahaja kehilangan jurulatih tempatan terbaik, jadi beritahu saya jurulatih tempatan lain mana yang lebih baik berbanding Cheng Hoe?

Seperti yang saya katakan, saya suka kalau jurulatih tempatan (jadi jurulatih Harimau Malaya) tetapi buat masa ini, saya fikir tiada yang berada pada tahap diperlukan untuk membawa skuad kebangsaan ke peringkat seterusnya,” katanya kepada BH Sukan.

Terdahulu, Pengarah Teknikal FAM yang baharu, Scott O’Donell mencadangkan kepada badan induk itu supaya dapat melantik jurulatih asing bagi mengemudi skuad kebangsaan selepas ini.

Mengulas lanjut mengenai pelantikan O’Donell, De Roo mengharapkan Bekas Pengarah Teknikal Persekutuan Bolasepak Seluruh India (AIFF) itu mampu menjayakan perancangannya untuk mengubah nasib bola sepak Malaysia kerana bola sepak Malaysia memiliki potensi yang besar.Saya mengenali Scott dan saya harap dia dapat melakukan tugasnya dengan baik. Saya mahu dia berjaya kerana bola sepak Malaysia ada banyak potensi.

Saya berpendapat dia akan berdepan tugas yang g3tir kerana sebelum ini dia bekerja di Canberra dan bola sepak bukanlah keutamaan di sana.

sumber: bh

Kini dia berada di Malaysia, 32 juta penduduk dan bola sepak sangat penting. Ini adalah tugasan terbesarnya dan saya harap dia bersedia sepenuhnya,” katanya.