sukan

Faktor Sebenar menjadi kejuaraan

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah terhadap KL City di bawah bimbingan jurulatih, Bojan Hodak kerana dapat menumbangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2021, Selasa lalu.

Dalam dunia sukan bola sepak, apa-apa sahaja boleh berlaku. Sebelum itu kebanyakan orang tidak menjangka skuad KL City boleh menjadi juara edisi ke-100 tahun. Apatah KL City tidak dibarisi nama besar seperti JDT. Sebaliknya JDT yang dicanangkan akan memenangi dengan mudah kerana lawannya bukan pasukan ku4t, seperti Kedah Darul Aman FC atau Terengganu FC (TFC).

Justeru, tidaklah salah jika JDT berasa lebih yakin untuk membenamkan pasukan KL City pada final Piala Malaysia t3mpuh hari. Sebut sahaja JDT memang semua pasukan lawan berasa t4kut untuk bert3mbung kerana ia mempunyai keku4tan dan kualiti tersendiri.

Keku4tan dalam pasukan memang ketara, terutama pada bahagian tengah dan dapat mengawal bola dengan lebih lama. Barisan pemain juga menunjukkan kecergasan tinggi, tidak kira barisan utama atau simpanan.Sepanjang aksi dilalui tahun ini pasukan itu menunjukkan tahap k0nsisten tinggi. Ia terbukti ketika aksi Liga Super 2021 hanya kalah sekali dengan TFC. Tidak seperti pasukan lain yang k0nsisten dalam tempoh empat atau lima perlawanan, tetapi kemudian kal4h tiga atau empat kali berturutan.

Kita perlu mengakui kelab JDT mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan latihan, gaji pemain, kebajikan, peruntukan kewangan dan berdisiplin. Sebab itu barisan pemain JDT mempunyai semangat tinggi dan berasa bertanggungjawab kepada majikannya menterjemahkan setiap kepercayaan itu dengan kemenangan untuk semua aksi perlawanan.

Dari segi latihan asas, kebiasaannya hampir semua pasukan diterajui ketua jurulatih yang mempunyai lesen Pro A, iaitu diiktiraf Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Namun, tidak semestinya kelebihan itu membolehkan pasukan JDT dapat menghimpunkan semua piala.

Dalam membicarakan bola sepak era profesional Liga M, memang ada sesetengah pasukan yang tidak mampu menyediakan prasarana mencukupi seperti JDT. Hanya sekadar ‘balik modal’. Sudah dapat membayar gaji pemain pun cukup bersyukur, lebih-lebih lagi ketiadaan wang masuk daripada kutipan tiket aksi perlawanan. Kalau lambat pembayaran gaji, pemain akan c4but lari pula.

Namun, sebagai pemain, mereka tidak boleh memikirkan sangat mengenai gaji. Apa yang penting ialah dapat diturunkan dalam kesebelasan utama atau sekurang-kurang menjadi pemain simpanan. Selepas itu, mesti difokuskan setiap perlawanan agar dapat mencapai kemenangan.Jangan pedulikan pasukan lain, sama ada mereka dilabel sebagai pasukan elit atau pasukan bawahan. Bermainlah bersungguh-sungguh dan mesti ada semangat melawan.

Dalam kempen Liga M, setakat ini hanya enam piala menjadi r3butan iaitu Piala Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA, Piala Sumbangsih dan Piala Cab4ran. Namun, yang menarik menjadi r3butan adalah Piala Malaysia, diikuti Liga Super dan juga Piala FA.

Daripada semua piala yang dipertandingkan, Piala Malaysia yang paling prestij kerana sudah 100 tahun diperkenalkan. Justeru, ia menjadi burvan dan r3butan setiap pasukan.

Pada era 1960-an dan 1970-an, semua pasukan dalam kempen Piala Malaysia diletakkan dalam beberapa zon, iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur. Johan setiap zon bertemu peringkat separuh akhir.

Pasukan menang akan bertemu pada final. Pada masa itu, hanya pasukan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura sering ke final. Pasukan inilah yang silih berganti menjuarai Piala Malaysia. Pasukan lain sentiasa menjadi pasukan bel4sahan.

Selepas tahun 1980-an dan seterusnya memasuki era profesional, pasukan yang sering menjuarai Piala Malaysia tidak lagi dapat mend0minasi perlawanan. Sebaliknya pasukan lain seperti Pahang, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Johor, Kelantan dan Terengganu mulai bangkit dan sentiasa menjadi cab4ran kepada pasukan elit itu.Ia disebabkan sistem pengurusan, kewangan dan kejurulatihan yang standard untuk semua pasukan bertanding.

Jadi, kita harus melihat ini adalah satu perkembangan yang baik dalam arus pembangunan bola sepak di tanah air. Justeru, kita lihat setiap tahun yang merangkul kejuaraan Piala Malaysia dan juga Piala FA akan bertukar g4nti. Ini yang kita mahu dalam kncah bola sepak negara.

Sebaliknya, mana-mana pasukan yang bekerja kuat, tidak memikirkan repvtasi keku4tan pasukan l4wan, memiliki pengurusan yang baik dan juga mempunyai pemain import berkualiti berpeluang cerah untuk menjuarai trofi Piala Malaysia.

sumber: bh

Bagi kempen Piala Malaysia 2022 diharapkan semua pasukan yang bertanding memberikan k0mitm3n tinggi terhadap pasukan masing-masing.