ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang sudah melengkapkan senarai barisan pemain tempatannya kini fokus menjadikan skuad lebih bertenaga dengan corak permainan lebih pantas berbanding musim lalu.
Ketua Jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak, berkata perubahan corak permainan pada musim ini dilihat berbeza berbanding musim lalu berdasarkan kemampuan skuad yang kini memiliki lebih ramai pemain muda untuk menerapkan corak s3rangan pantas atau ‘att4cking football’.Saya melihat pasukan baharu ini lebih bertenaga dan kita boleh lihat beberapa muka baharu antaranya dari pasukan Penang FC, Perak FC dan skuad Piala Presiden Kedah di mana mereka adalah pemain muda serta mampu menerapkan corak baharu bersama pemain import lain dalam pasukan.
Selain itu, mereka juga dahagakan kejayaan dan pencapaian berupa piala kejuaraan kerana sebelum ini mereka belum pernah memenangi kejuaraan bersama pasukan terdahulu.Jadi kami membawa masuk pemain yang dilihat berbakat dan mahukan kejayaan bersama pasukan yang diwakili dan itulah yang kami lakukan,” katanya.
Tambah Aidil lagi, misi untuk membentuk skuad baharu yang harmoni seperti musim lalu tetap ada cab4rannya kerana setiap pasukan baharu itu pastinya memerlukan masa untuk melihat hasil diidamkan.
Saya tidak nafikan cab4ran besar yang perlu dilalui dalam melakukan perubahan terutama dalam tempoh yang singkat untuk menjadikan satu pasukan baharu itu bergabung dengan baik kerana setiap pelaksanaan itu akan mengambil masa, namun kita perlu mengadaptasikan perubahan itu dengan secepat yang boleh,” katanya.
Antara pemain tempatan diikat musim ini ialah Al Hafiz Harun, Khairu Azrin, Azmeer Aris dan Amer Azhar dari Penang FC serta Amirul Azhan dari Perak FC.
KDA FC turut menyenaraikan pemain muda antaranya Fikhri Zulkiflee, Afeeq Iqmal, Heshamuddin Ahmad, Kamil Akmal dan Fareez Fadzil dari skuad Piala Presiden Kedah.
sumber: bh
Bagi pemain import pula, KDA FC bakal mengumumkan tiga lagi nama baharu dalam tempoh terdekat selepas memuktamadkan khidmat dua pemain import sebelum ini iaitu Jang Suk Won dari Korea Selatan dan bekas pemain Terengganu FC dari Ivory Coast Dechi Marcel.