sukan

Slot automatik mewakili negara di pentas Piala AFC

Kuala Lumpur: Tonggak pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City), Nik Shahrul Azim mahu kec3d3raan lutut dialaminya segera sembuh agar tidak terlepas aksi dalam saingan Piala AFC yang dijadual bermula April ini.

KL City yang muncul juara Piala Malaysia musim lalu diberikan tiket automatik mewakili negara di pentas Piala AFC bersama Kedah Darul Aman FC yang meraih slot sama selepas menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua musim lalu.

Nik Shahrul, begitupun terpaksa melupakan seketika beberapa aksi awal Liga Super musim ini bagi membolehkan kec3d3raannya benar-benar pulih sebelum kembali memperkuatkan skuad Warga Kota itu.Katanya, dia masih memerlukan masa sehingga dua bulan untuk kembali ke padang selepas dihmpit keced3raan ketika aksi kelima peringkat kumpulan Piala Malaysia pada November lalu.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, ia bukan permulaan yang diinginkan namun bekas pemain Kelantan berkenaan tidak boleh terbvru-bvru kerana enggan perkara yang tidak diingini berulang selain mahu memastikan dirinya betul-betul s3mbuh untuk kembali ke padang.

Sekarang saya masih dalam fasa pemulihan, nak lari pun tidak boleh lagi, dan doktor ada beritahu mungkin dalam dua bulan lagi baru sembuh sepenuhnya.

Selepas itu, baru boleh mula bina balik tahap kecergasan dan kalau untuk beraksi, berkemungkinan dalam bulan April baru saya boleh bermain.Saya boleh katakan ini adalah keced3raan yang paling teruk saya alami dan sebab itu saya tidak mahu ia berpanjangan kerana paling penting saya tidak mahu terlepas beraksi dalam Piala AFC.

Awal-awal musim ini saya redha apabila tidak boleh bermain dan berharap dalam tempoh sekarang, proses pemulihan akan terus berjalan lancar,” katanya.

Memasuki musim ketiga bersama KL City, bekas pemain Kelantan itu mengakui pasukan Lembah Klang itu banyak membantu dirinya untuk membina kembali mom3ntum selepas menghadapi musim menc4bar ketika bersama Negeri Sembilan dan PKNS FC sebelum ini.Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bersama Kuala Lumpur buat musim ketiga, dan saya gembira untuk terus berada dalam pasukan ini kerana banyak yang saya belajar di sini.

Awal-awal dahulu sewaktu saya mula-mula datang ke sini daripada PKNS FC, agak kekok juga nak biasakan diri dan persaingan juga sengit, tetapi sekarang dah kian serasi.

sumber: hmetro

Harapnya tahun ini akan menjadi musim yang lebih baik untuk kami semua seperti mana yang kami dah lakukan pada musim 2021 sehingga berjaya menang trofi Piala Malaysia,” katanya.