sukan

Farhan Roslan di intai pasukan ini

Bekas pemain sayap Perak FC, Farhan Roslan memilih untuk bersama pasukan Kelantan FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Kelantan FC dalam kenyataan menerusi akaun Facebook rasminya memaklumkan pemain berusia 25 tahun yang diberi jolokan ‘Messi Kedah’ itu menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama skuad The Red Warri0rs (TRW).

Farhan mula menempa nama bersama pasukan Kedah FC sejak berumur 18 tahun menerusi kelicikan kawalan bola sehingga berjaya mencvri perhatian barisan kejurulatihan TRW.

“Rekod beliau ketika bersama Perak FC berjaya menjaringkan satu gol dengan lapan penampilan pada musim 2021 manakala ketika mewakili Kedah Darul Aman FC, Farhan membuat 64 penampilan dan menjaringkan enam gol,” menurut kenyataan itu.

sumber:- BH

Kelantan FC berharap kehadiran Farhan dapat membantu pasukan itu meraih kejayaan dalam Liga M musim ini.