sukan

import Sabah FC perkuatkan pasukan

KOTA KINABALU: Baki tiga pemain import baharu Sabah FC bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim ini akan dimuktamadkan minggu depan, kata ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.

Menurutnya, pemain import hanya akan berada di Sabah pada awal bulan depan sebagai persediaan sebelum bermula aksi Liga Super yang dijadual bermula awal Mac ini.

Katanya, ketika ini pihaknya belum membuat sebarang keputusan namun tidak menafikan sudah mempunyai calon yang sedang dinilai termasuk seorang pemain berasal dari Amerika Syarikat, Romero Jason yang sedang menjalani percubaan selama seminggu di negeri ini.

“Pemain import akan hanya berada di sini selewat-lewatnya awal bulan depan. Kalau tidak sil4p saya ada satu slot yang belum kita penuhkan namun kita harus tunggu sehingga minggu depan untuk menamakan pemain import kita.

“Harapannya sudah tentu kita perlukan seorang penyrang ataupun dua dan seorang pemain di bahagian pertahanan ataupun tengah,” katanya selepas aksi persahabatan Sabah FC menentang kelab Liga M3 Sabah, Kinabalu Jaguar FC di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, skuad Sang Badak sudah menamakan dua pemain import, masing-masing untuk kuota Asia, iaitu pemain dari Korea Selatan, Park Taesu dan kuota Asia Tenggara dari Indonesia, Saddil Ramdani. Kedua-duanya beraksi bersama pasukan sejak musim lalu.

Mengulas aksi persahabatan malam tadi yang berkesudahan seri 1-1, Kim Swee mengakui masih banyak kekurangan dari segi kombinasi dan kecergasan pemain yang perlu diperbaiki.

“Paling penting kecergasan pemain perlu diperbaiki lagi. Namun, kalau kita lihat pasukan Sabah FC, saya melakukan banyak pertukaran, hampir keseluruhan pemain dan paling p0sitif permainan berakhir tanpa sebarang kecederaan.

“Namun saya akui, keputusan (aksi persahabatan) ini tidak begitu bagus dan perlu diperbaiki lagi. Ini yang kita perlu lakukan dalam aksi pra musim,” katanya.

Kim Swee berkata, tempoh tujuh hingga lapan minggu lagi sebelum aksi Liga Super bermula akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memperbaiki kelemahan.

Beliau yakin, aksi pra musim selepas ini akan lebih baik selepas pemain sudah benar-benar serasi dengan posisi dan corak permainan masing-masing.

“Kita baru bersama selama tiga minggu dan ada pemain yang baru dua minggu, malah ada yang baru hadir. Jadi sudah tentu memerlukan sedikit lagi masa.

“Saya percaya selepas dua atau tiga minggu selepas ini pemain akan bertambah baik dan kombinasi tertentu akan kita pastikan berjalan seperti seperti yang dirancang,” katanya.

sumber bh

Kim Swee berkata, beberapa lagi perlawanan persahabatan akan diatur selepas ini bagi menilai kekuatan dan tahap persediaan Sabah FC sebelum aksi Liga Super 2022 bermula.