sukan

Aidil luahankan sesuatu untuk KDA FC

Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC) Aidil Sharin Sahak menganggap tiada laluan mudah buat skuad Hijau Kuning selepas diundi dalam kumpulan G saingan Piala AFC musim ini.KDA FC akan men3ntang Kaya FC yang juga juara Copa Paulino Alcantara 2021 dan juara Liga 1 Indonesia 2019 Bali United FC yang menduduki ranking 105 Asia.Saingan musim ini tidak semudah yang dijangka kerana kami akan berdepan pasukan Bali United FC yang dipenuhi ramai pemain antarabangsa dan berpengalaman di saingan pentas AFC dan juga Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Sementara Kaya FC dari Filipina pula sebuah lagi pasukan berpengalaman dan juga beraksi di peringkat saingan ACL musim lepas, jadi kedua-dua pasukan yang akan Kedah tempuhi kali ini memang agak menc4bar.Kami perlu persiapkan pasukan agar benar-benar bersedia dan dapat menyaingi lawan dalam kumpulan G ini,” katanya.

Aidil juga berharap persiapan pemainnya berdepan Piala AFC pada Mei berjalan lancar sejurus memulakan saingan Liga Malaysia (Liga M) yang dijadual bermula Mac depan.

Mengenai persiapan Piala AFC, saya rasa masih di peringkat awal kerana kita akan terlebih dahulu fokus memulakan Liga Super pada Mac ini. Bermula dari situ (Liga Super) kita akan pastikan mom3ntum perlu berada pada tahap terbaik terlebih dahulu bagi memastikan persiapan ke saingan AFC juga berjalan seperti dirancangkan,” katanya.

KDA FC juga kini hanya menunggu satu lagi pasukan dalam kumpulan G sama ada dari Kemboja atau Laos yang akan ditentukan melalui perlawanan play-off.

sumber:- HM

Penampilan Kedah pada peringkat kumpulan Piala AFC musim 2020 menyaksikan juara Piala FA musim 2019 itu menewaskan kelab Hong Kong Tai Po FC dengan 5-1 sebelum tewas 1-4 kepada skuad Korea Selatan FC Seoul pada perlawanan berikutnya.