sukan

JDT diundi bersama pasukan ternama

Johor Darul Ta’zim (JDT) diundi dalam Kumpulan I bagi saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim 2022.

Ia menyaksikan pasukan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu akan bertemu dengan juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale, dan pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga Super China, Guangzhou FC.

Satu lagi slot akan diisi pemenang pusingan play-off di antara kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai, dan wakil Thailand, Port FC.

Pertemuan dengan Kawasaki Frontale pada April depan sudah pasti akan menjadi perlawanan tumpuan memandangkan kelab gergasi Jepun itu akan turut diperkuatkan bintang Thailand, Chanatip Songkrasin.

Saingan peringkat kumpulan Zon Timur ACL 2022 akan bermula pada 7 April depan manakala final kejohanan itu pula dijangka akan mengambil tempat pada Februari 2023.

sumber:- astro

Sebagai rekod, ini merupakan penampilan keempat berturut-turut JDT dalam saingan peringkat kumpulan ACL sejak 2019 tetapi mereka terpaksa menarik diri sewaktu peringkat kumpulan musim 2020 berikutan lonjakan kes jangkitan kor0navi rus di peringkat global.