sukan

KEDAH antara pasukan tersenarai AFC

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal berdepan cabaran daripada dua pasukan juara selepas diundi dalam Kumpulan G bagi saingan Piala AFC 2022.

Anak buah Aidil Sharin Sahak itu akan membuat perhitungan bersama juara Piala Copa Paulino Alcantara yang juga juara piala d0mestik Liga Filipina, Kaya FC Iloilo serta juara Liga 1 Indonesia 2019, Bali United.

Namun mereka perlu menunggu pemenang perlawanan play-off untuk melengkapkan saingan dalam Kumpulan G.

Sebagai rekod, ini adalah penampilan keempat buat skuad Lang Merah di pentas Piala AFC selepas turut layak bersaing pada musim 2021 namun saingan bagi kumpulan mereka dibatalkan susulan C0 ViD- 19.

Sementara itu, satu lagi wakil negara, KL City FC yang membuat penampilan sulung di Piala AFC pada musim ini turut mengetahui nasib mereka pada majlis undian yang dilangsungkan secara maya itu.

Juara Piala Malaysia itu diundi dalam Kumpulan H bersama wakil Myanmar, Shan United ataupun Ayeyawady United serta pasukan dari Liga Singapura, Tampines Rovers.

sumber: bh

Selain itu, mereka juga akan berentap bersama juara Piala Indonesia 2018-19, PSM Makassar dalam Kumpulan H.

Juara bert4han yang memenangi Piala AFC buat kali kedua musim lalu dari Bahrain, Al-Muharraq tidak dapat mempert4hankan kejuaraan selepas g4 gal memperolehi lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).