sukan

Azri Ghani perlu berguru dengan Kevin Mendoza

KUALA LUMPUR: Penjaga gol baharu Kuala Lumpur City (KL City), Azri Ghani mahu menggunakan musim ini sebagai tempoh untuk dia ‘mencvri’ ilmu daripada pemain import, Kevin Mendoza.

Bekas penjaga gawang Perak itu mengakui bukan mudah untuknya mer4mpas kedudukan dalam kesebelasan utama yang dipegang Mendoza terutama selepas pemain import dari Filipina itu mempamerkan persembahan cemerlang bersama KL City musim lalu.

Justeru, Azri yang mengikat kontrak dua tahun bersama KL City enggan terbVru-bVru dan meletakkan musim depan sebagai s4sarannya menjadi s4ndaran utama dalam pasukan City Boys.

Memang cab4ran besar sebenarnya apabila berpindah ke Kuala Lumpur, tapi yang bagusnya adalah saya akan dapat pengalaman baharu dengan Kevin (Mendoza).

Ini juga akan menjadi tanggungjawab saya sebab boleh belajar dan ambil ilmu dengan dia. Kita tahu bagaimana dia sudah melakukan tugas yang cukup baik pada tahun lalu.

Jadi, memandangkan saya ikat k0ntrak selama dua tahun, untuk musim pertama ini saya akan belajar banyak benda dahulu dan selepas itu saya sasarkan musim kedua adalah untuk menjadi lebih baik.

Saya akan beri k0mitm3n yang terbaik untuk belajar supaya jurulatih (Bojan Hodak) juga akan nampak usaha ker4s saya”, katanya.

Mendoza menjadi perhatian pemerhati dan peminat bola sepak tempatan selepas berjaya memperaga aksi cemerlang sebagai penjaga gol KL City musim lalu dan berjaya membantu skuad itu menamatkan penantian selama 32 tahun untuk muncul juara Piala Malaysia.

Kejayaan muncul juara Piala Malaysia membolehkan KL City mendapat slot ke Piala AFC musim ini dan Azri turut percaya KL City mampu melakar kejvtan dalam s4ingan peringkat Asia itu.

Berdasarkan barisan pemain yang ada dalam skuad Kuala Lumpur sekarang, saya percaya kita setanding dengan lawan yang ada dalam Kumpulan H.

Sebelum ini saya pun pernah bersaing di pentas Asia dengan Kedah dan kali ini bersama Kuala Lumpur pula. Jadi saya anggap ia rezeki yang besar untuk saya,” katanya.

KL City diundi dalam Kumpulan H bersama kelab Singapura, Tampines Rovers, PSM Makassar (Indonesia) dan kelab dari Myanmar sama ada Shan United atau Ayeyarwady United.