Sri Pahang FC pastinya l3ga apabila pemain kacukan Laos, Billy Ketkeophomphone sudah berada di negara ini.
Kehadiran pemain import itu memberi petanda positif skuad Tok Gajah sudah berjaya menarik minat striker berkenaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini
Sumber kelab itu berkata, pemain berumur 31 tahun itu sudah berada di negara ini sejak minggu lalu dan kini menjalani kuarant!n.
Sudah pasti kehadiran Ketkeophomphone menjadi pelengkap lima kuota import yang akan menjadi sandaran Sri Pahang musim ini. Pemain berd@rah Laos-Perancis ini dijangka menyertai pasukan hujung minggu ini.
“Kami memang mengharapkan kehadiran st riker import ini yang memiliki pengalaman luas bersama kelab di Liga Perancis,” katanya.
Dengan kehadiran Ketkeophomphone, striker itu yang didaftarkan atas kuota pemain Asia Tenggara akan bergandingan dengan pemain import dari Jordan, Mahmoud Za’tara di bahagian s3rangan.
Difahamkan, antara faktor Ketkeophomphone memilih Sri Pahang ialah galakan daripada bekas striker import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme. Ini kerana Nwakaeme dan Billy pernah bermain bersama dengan kelab Perancis, Angers SCO pada 2016.
sumber:- BH
Bagaimanapun, setakat ini, skuad kendalian Christophe Gamel itu hanya mengumumkan dua pemain import yang sah bersama Sri Pahang. Mereka adalah Za’tara dan pemain pertahanan dari Perancis, Johan Martial.