sukan

Bilik video b4ntuan pengadil (VAR)

KUALA LUMPUR: Bilik video b4ntuan pengadil (VAR) menjadi antara kemudahan yang akan diwujudkan di ibu pejabat baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya.Ia mungkin menjadi satu langkah awal badan induk itu sebagai persediaan ke arah menggunakan teknologi berkenaan mengikut arus perkembangan industri bola sepak moden ketika ini.

Selain bilik VAR, ibu pejabat itu yang dijangka siap selewat-lewatnya pada 2025 itu juga akan dilengkapi fasiliti lengkap dan canggih lain termasuk auditorium dan gelanggang futsal.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan kemudahan itu akan memudahkan lagi badan induk berkenaan untuk menggerakkan pertumbuhan dan pembangunan industri bola sepak tempatan.

Katanya, pihaknya juga belum memutuskan bilik VAR itu akan digunakan oleh FAM atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan Jawatankuasa Pengadil ketika ini masih berada di bawah badan induk itu.

Kita gunakan (bilik VAR) sama ada MFL atau FAM nanti kita akan pastikan, tapi pengadil di bawah FAM setakat ini. Jadi maksudnya yang kita sudah buat ini adalah gerak kerja yang lengkap macam UEFA atau persatuan besar yang lain seperti Jepun.

Kita sediakan benda itu, maknanya 10 atau 20 tahun akan datang tak p4yah lagi kita cari dan kemudahan lengkap kita sudah kenal pasti setelah kita pergi ke banyak persekutuan termasuk UEFA dan FIFA serta mana-mana tempat lain,” katanya.

Majlis pec4h tanah ibu pejabat baharu FAM itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kelmarin.

Sebelum ini, cadangan dil0ntarkan oleh sesetengah pihak supaya FAM menggunakan VAR dalam Liga Malaysia (Liga M) susulan beberapa kontr0v3rsi membabitkan keputusan pengadil.

sumber: bh

Bagaimanapun, faktor kewangan dilihat menjadi antara kekangan utama badan induk itu untuk menggunakan teknologi berkenaan yang menelan belanjaan sangat besar mencec4h jutaan ringgit.