sukan

Manfaatkan peluang dengan kejayaan

Myanmar menjadi lawan sulung skuad bawah 23 (B-23) tahun negara dalam saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan.

Berdasarkan jadual kejohanan yang dikongsikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) skuad kendalian Brad Maloney dijadual berdepan Myanmar pada 15 Februari manakala Laos (18 Februari) dan aksi terakhir Kumpulan B men3ntang Indonesia pada 21 Februari.

Sementara itu aksi separuh akhir dan final pula dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Morodok Techo pada 24 dan 26 Februari.

Justeru, Maloney mengharapkan pasukannya dapat diberikan melakukan persiapan dalam usaha meraih keputusan yang positif dalam kejohanan itu.

Kami akan berdepan Myanmar pada aksi pembukaan dan seterusnya Laos. Kami pernah men3ntang mereka (Laos) pada kempen kelayakan Piala Asia B-23 pada Oktober lalu dan menang 1-0.

“Jadi kita harap boleh melakukannya sekali. Indonesia pula pasukan juara kejohanan ini (pada 2019), ia pasti menjadi tugas sukar dan kami berharap moleh melakukan persiapan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan ruang aksi persahabatan antarabangsa dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini akan digunakan oleh skuad B-23 bagi melakukan persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022.

sumber:- HM

Tahun ini menjadi tahun yang sibuk buat skuad B-23 kerana selain Kejuaraan B-23 AFF, anak buah Maloney itu juga akan beraksi di Sukan SEA Vietnam dan perlawanan pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.