Adakah nama ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu akan diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini?Perkara itu antara yang dinantikan seluruh peminat bola sepak dengan sidang media yang bakal diadakan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dijangka berlangsung pada jam 11.30 pagi ini.Apa yang pasti sidang media berkenaan akan mengumumkan keputusan Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2021-2025 selain bakal mervngkai beberapa persoalan mengenai skuad kebangsaan.Terdapat khabar angin khususnya yang sedang bermain di media sosial ketika ini bahawa badan induk itu akan mengumumkan pengganti Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan pada awal bulan ini susulan kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala Suzuki AFF 2020.
Nama jurulatih dari Korea Selatan kini h4ngat diperkatakan bakal mengisi kekosongan itu dengan tiga individu termasuk Kim Hak-bum, Kim Pan-gon dan Kim Byung-soo dikaitkan.Muncul juga spekulasi nama ketua jurulatih Kuala Lumpur City (KL City) mer4ngkap bekas pengendali skuad bawah 19 (B-19) negara, Bojan Hodak juga termasuk dalam senarai pendek FAM.Bagaimanapun sumber menjelaskan kepada BH Sukan bahawa belum dapat dipastikan sama ada nama pengendali baharu skuad Harimau Malaya akan diumumkan, hari ini atau sebaliknya.
Selain persoalan mengenai pengendali baharu pasukan kebangsaan, segala kritlkan dan des4kan peminat juga menjadi perkara yang perlu dijawab FAM, khususnya Hamidin.Ia selepas terdapat des4kan supaya Hamidin meninggalkan kerusi nombor satu badan induk itu sebagai tanggungjawab atas keg4galan skuad Harimau Malaya di pentas Piala Suzuki AFF 2020.
Namun, des4kan itu mungkin tidak menjadi kenyataan kerana Hamidin kini dilaporkan masih mendapat kepercayaan daripada ahli gabungan untuk terus memimpin FAM dan membawa perubahan kepada bola sepak negara.Perkembangan mengenai bed4h si4sat keg4galan pasukan kebangsaan di Piala Suzuiki AFF 2020 juga dilihat menjadi perkara yang dinantikan seluruh peminat walaupun peristiwa pahit itu sudah sebulan berlalu.
sumber: bh
Skuad Cheng Hoe tersngkir awal dari Piala Suzuki AFF 2020 selepas menduduki tangga ketiga Kumpulan B, sekali gus g4gal mencapai s4saran yang ditetapkan untuk layak ke final.