sukan

import baharu beraksi dengan pasukan utama TFC

Siapa pemain import yang bakal menggalas cab4ran pasukan utama, Terengganu FC (TFC) dan pasukan ‘adik’ Terengganu FC II (TFC II) musim ini belum diputuskan lagi barisan kejurulatihan skuad itu.

Ketua Pegawai Operasi Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjelaskan pihak pengurusan menyerahkan m4ndat itu 100 peratus kepada barisan kejurulatihan yang diketuai Nafuzi Zain.

Katanya, mereka akan menentukan lapan pemain import yang sudah menandatangani k0ntrak bersama TFC Sdn Bhd itu akan beraksi bersama TFC atau TFC II.Ketua jurulatih bersama pembantunya akan membuat keputusan sebelum Liga Malaysia (Liga M) bermula berkenaan dengan pasukan yang bakal disertai pemain import itu bersesuaian dengan t4ktikal dan corak permainan yang diterapkan jurulatih.

Keputusan itu berdasarkan penilaian ketika sesi latihan dan juga aksi persahabatan pramusim termasuk kejohanan empat penjuru membabit pasukan Penang FC, Sri Pahang, TFC II selain TFC di Kuala Terengganu bermula 5 hingga 11 Februari depan.Apa yang penting sebagai pemain profesional, mereka perlu menerima dengan hati yang terbuka keputusan yang bakal diumumkan barisan kejurulatihan kerana misi kita sekurang-kurangnya untuk merangkul satu kejuaraan musim ini.

Bagaimanapun sebagai pasukan ‘feeder Club’, pemain yang beraksi bersama pasukan TFC II tidak semestinya tidak boleh ‘dinaikkan pangkat’ menyarung jersi skuad utama, jika prestasi import pasukan TFC merudum selain dilanda keced3raan, mereka boleh menggantikan pemain berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Musim ini TFC Sdn Bhd mengikat tiga penyerang import termasuk mengekalkan pemain TFC II musim lalu, Jordan Mintah (Ghana) selain dua bekas penyrang kembar Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kpah Sherman (Liberia) dan Kipre Tchetche (Ivory Coast).

Posisi pertahanan pula, TFC Sdn Bhd membawa masuk pemain tinggi lampai kelahiran Senegal, Pape Diakite, pemain kebangsaan Filipina, Luke Woodland dan mengekalkan pemain musim lalu, Argzim Redzovic.

Manakala di j3ntera tengah, kelab itu menyambung kontrak pemain musim lalu, Habib Haroon (Bahrain) dan pemain kebangsaan Filipina yang juga pemain Melaka United (MU) musim lalu, Manuel Ott.Tahun lalu TFC g4gal mencapai sas4ran apabila menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat dan separuh akhir Piala Malaysia sekali gus gagal beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini.

sumber: hmetro

Manakala skuad ‘adik’ TFC berjaya mencapai s4saran apabila menamatkan saingan Liga Perdana di kedudukan ketiga ketika Piala Cab4ran dib4talkan.