sukan

Punc4nya sudah ketahui

Kewujudan tiga puak dalam skuad kebangsaan, pemain naturalisasi tidak ada ‘standard’ dan kesilapan membawa 24 pemain dilihat menjadi antara punca skuad kebangsaan ‘ters3mbam’ pada kempen Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, November lalu.

Itu rumusan Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, Datuk Dell Akbar Khan ketika membentangkan hasil dapatan yang diperolehi berdasarkan laporan yang dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada panel bebas itu.Dell menjelaskan, terdapat banyak kekurangan yang timbul sejak dari awal skuad kebangsaan melakukan persiapan untuk menghadapi ‘Piala Dunia Asia Tenggara’ itu yang turut mens4sarkan anak buah Tan Cheng Hoe itu menjadi juara.

Memang ada kekurangan daripada pihak FAM untuk menghantar jumlah yang sepatutnya boleh dihantar kerana undang-undang pertandingan membenarkan 30 pemain. Jadi FAM perlu menjawap kesil4pan itu apabila ada sebahagian pemain dipanggil tidak dapat sertai (skuad kebangsaan).

Kita juga mendapat timbulnya isv kurang harmoni dalam pasukan semasa di Singapura di mana ada tiga kumpulan pemain iaitu pemain tempatan, pemain natur4lisasi dan pemain warisan. Perkara ini dilaporkan oleh pemain dan situasi ini tidak bagus untuk semangat pasukan.

Satu lagi isv yang dibangkitkan adalah pemain natur4lisasi tetapi pemilihan pemain (Guilherme de Paula) tidak memberi banyak imp4k kepada pasukan. Mungkin dia menyerlah di domestik tetapi kemampuannya agak terhad untuk pentas antarabangsa,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), di Kelana Jaya, di sini, hari ini.

Selain itu, Dell turut mendapati ketiadaan pak4r nutrisi yang dibawa ke Singapura menyebabkan isv kebajikan pemain tidak dapat ditangani dengan baik oleh pengurusan skuad kebangsaan.

Kebiasaannya pemain dihidangkan secara buffet untuk pertandingan tetapi kerana C0 VD-19, pemain hanya diberikan pek makanan dan menunya tidak banyak yang berubah.Sungguhpun ada usaha dibuat oleh pengurusan untuk mendapatkan bekalan makanan daripada luar tetapi disinilah kelem4hannya kerana pasukan ketika itu tidak mempunyai pakar nutrisi.

sumber: bh

Mungkin tanpa pakar nutrisi itu, bekalan makanan yang dipesan untuk memuaskan selera pemain tidak bermanfaat untuk pertandingan dan intensiti yang diperlukan,” katanya.