sukan

Masih menjadi tanda tanya

Status pasukan Perak FC dalam Liga Perdana musim ini masih menjadi tanda tanya kerana didakwa setakat ini tiada perkhabaran mengenai persiapan pasukan itu dalam liga yang bakal memulakan kempen tidak lama lagi.Sehingga kini penyokong juga tidak mengetahui sama ada skuad The Bos Gaurus sudah melengkapkan barisan pemain atau belum.

Bekas Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, jadual perlawanan sudah dikeluarkan, namun setakat ini, Perak FC dilihat belum ada sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu termasuk barisan keseluruhan pemain.

Saya difahamkan senarai akhir pemain belum ada lagi dan tiada kenyataan rasmi daripada Perak FC sehingga kini,” katanya ketika ditemui pada perlawanan pembukaan Piala Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir Tahun 2022 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini, malam tadi.

Beliau berharap semua urusan berjalan lancar dan pasukan berkenaan dapat menyelesaikan segala permas4lahan yang dihadapi sebelum ini sekali gus dapat bersaing dan memberi cabaran hebat dalam liga berkenaan.Kita mengharapkan pasukan Perak FC dapat bersaing dalam Liga Perdana 2022. Kita tidak mahu Perak FC menerima nasib sebagaimana yang terjadi kepada pasukan Perlis yang g4gal bermain dalam sebarang kejohanan yang dianjurkan oleh Malaysia Football League (MFL),” katanya.

Difahamkan masih ada beberapa perkara yang belum diselesaikan berkaitan pasukan itu biarpun ia sudah dimiliki Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd sebagai pemilik baharu Perak FC.Turut difahamkan ketika ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih mengenakan sekatan terhadap Perak FC untuk mendaftar pemain baharu bagi Liga Perdana 2022 dan ketika ini hanya boleh mendaftarkan pemain sedia ada dalam pasukan saja.

Justeru Azman sebagai individu yang pernah bersama pengurusan skuad itu, berharap Perak FC dapat menyelesaikan semua permas4lahan bagi menghadapi saingan liga musim ini.

Sementara itu, Azman yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Manjung berharap Pesuruhjaya Sukan dapat membuat ketetapan sama ada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 19 Disember lalu sebagai sah atau tidak.

sumber:- HM

Menurutnya, EGM berkenaan bukan untuk merombak Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) sebaliknya hanya untuk mengisi kekosongan jawatan presiden dan timbalannya, manakala bagi jawatan lain adalah kekal.