sukan

Penantian Yang dinantikan di Kem Latihan

Teg4s dan cukup bersist3matik ketika mengendalikan latihan antara karektor yang ada pada pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon yang bakal membuatkan pemain-pemain tempatan ‘kecVt perut’ dalam kem latihan yang dijangka pada bulan Mac nanti.Menurut bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan, beliau dan Pan Gon adalah rakan lama yang sering bertemu dalam kursus-kursus kejurulatihan termasuk ketika sama-sama mengambil Lesen Pro A pada 2004 lalu.

Katanya, bekas jurulatih Hong Kong itu seorang yang teg4s dan amat teliti dalam semua urusan kerjanya.Kami banyak kali berjumpa termasuk ketika buat lesen pro kejurulatihan di banyak tempat di Jerman, di Korea dan ada juga di Kuala Lumpur.Kali terakhir saya jumpanya masa Malaysia lawan dengan Hong Kong di sini pada 2017 dan beliau memang jurulatih yang baik.

Biasanya jurulatih dari Korea Selatan ini memang teg4s dan Pan Gon juga ada karektor yang sama, di mana beliau mahukan yang terbaik ketika berlatih dan dalam perlawanan.

Saya rasa ini yang FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) mahukan seorang jurulatih yang tegas bagi menyuntik disiplin tinggi dalam permainan pasukan negara selepas ini,” katanya kepada Arena Metro.Selain itu, Sathianathan berharap seorang jurulatih tempatan turut diletakkan dalam sistem kejurulatihan pasukan agar Pan Gon mudah untuk cepat menyesuaikan diri dengan senario bola sepak di negara ini.

Beliau tegas dan sebab itu perlu ada seorang jurulatih tempatan yang berkelayakan untuk membantu beliau. Memang dari segi budaya negara ini beliau tidak ada masalah sebab ker4p ke mari.

Kejayaan beliau bawa Hong Kong juga membuktikan dirinya tidak mempunyai mas4lah dengan budaya bola sepak Korea yang berbeza dengan Hong Kong. Di Malaysia pun beliau boleh sesuaikan diri namun dengan adanya jurulatih tempatan, lagi memudahkan tugasnya nanti,” katanya.

sumber:hmetro

Pan Gon, 53, dilantik membimbing skuad negara dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya awal bulan ini susulan keg4galan di Piala AFF di Singapura bulan lalu.Untuk rekod, beliau akan turut dibantu empat pegawai dari Korea Selatan bagi membantunya terdiri daripada penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, pembantu t3knikal dan peng4nalisis.