sukan

Kini Sertai pasukan baharu

Hampir sedekad membina karier sebagai pemain bola sepak profesional di Sri Pahang, ternyata bukan sesuatu yang mudah buat pertahanan kiri pasukan itu, Mohd Faisal Mohd Rosli apabila memilih haluan berbeza menyertai Kelantan United FC musim ini.

Biarpun pada mulanya akui ada rasa janggal kerana menganggap Sri Pahang sebahagian dengan dirinya, Faisal melihat situasi berkenaan adalah lumrah perlu dilalui sebagai pemain bola sepak profesional.

Faisal yang lebih mesra disapa Tocang berharap dapat cepat menyesuaikan diri dengan suasana baharu dan tidak berasakan bermain di Liga Perdana sebagai satu masalah besar.

Ketika saya menanti tawaran dari pasukan lain, pengurusan Kelantan United menjadi pasukan pertama hubungi saya dan berkata mereka amat memerlukan pertahanan kiri.

Tanpa berfikir panjang, saya menerima tawaran diberikan Kelantan United dan sememangnya ini sebagai satu cabaran baharu kerana banyak perkara saya kena sesuaikan kerana sudah lama berada di Kuantan.

Bezanya sudah tentu banyak kerana selama ini di Sri Pahang, kebanyakan rakan sepasukan adalah kawan-kawan saya juga tetapi kali ini di Kelantan United, semuanya saya baru hendak kenal.Setakat ini, saya tidak berdepan masalah setelah menjalani latihan dengan Syamsul Saad dan boleh dikatakan saya gembira dengan corak latihan yang disediakan,” katanya.

Berasal dari Rompin, Faisal, 31, adalah pemain dari skuad Pahang yang berjaya muncul juara Piala Malaysia dua kali berturut-turut pada 2013 dan 2014.

sumber:- HM

Musim lalu, dia banyak bersaing dengan Fazly Mazlan di posisi pertahanan kiri selain pernah bertindak selaku pemain tengah ketika di bawah kendalian Dollah Salleh.