sukan

Tiada Rezeki buat JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) melepaskan peluang untuk mer4kam kemenangan apabila diikat 2-2 oleh kelab Slovakia, MSK Zilina dalam aksi pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Al-Hamriyah, sebentar tadi.

Walaupun berjaya mendahului sebanyak dua kali, kelekaan benteng pertahanan dilihat antara kelemahan yang harus diperbaiki segera oleh Benjamin Mora.

Pemenang kasut emas Liga Malaysia musim lalu, Bergson Da Silva tidak menunggu lama untuk mengg3gar jaring apabila mel3dak gol pertama hasil r3mbatan dalam kotak penalti seawal minit pertama permainan.

MSK Zilina yang juga juara tujuh kali Liga Slovakia tidak mengaku kalah apabila terus menekan kubu skuad Harimau Selatan bagi memburu gol penyamaan.Anak buah Mora yang dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut musim ini dilihat lebih banyak bertahan selepas gol pendahuluan itu dengan sesekali melancarkan s3rangan.

Bersambung babak kedua, Mora menukar kesemua 11 pemain untuk diberi peluang sekali gus cuba memikat perhatiannya untuk berada dalam kesebelasan utama menjelang sepak mula Liga Malaysia hujung bulan depan.

Begitupun daripada satu gerakan balas di sebelah kanan JDT, Timotej Jambor berjaya menyamakan kedudukan selepas bijak menyambut hantaran silang rakan sepasukan di minit ke-61.

Selang dua minit, JDT kembali memimpin aksi apabila tonggak import baharu dari Mali, Moussa Sidibe menjaringkan gol pertamanya bersama skuad Harimau Selatan yang menyaksikan percubaannya membias sebelum masuk menewaskan penjaga gol lawan.

Ketika aksi menuju minit akhir, kel3kaan b3nteng pertahanan menyaksikan hasrat untuk meraih kemenangan lebur apabila lawan berjaya menyamakan kedudukan buat kali kedua.

sumber:- HM

Selepas ini, JDT akan turun men3ntang Riga FC dari Latvia pada Sabtu sebelum berdepan dua kelab Rusia yang lebih sukar iaitu Rodina Moscow dan Spartak Moscow, masing-masing pada 2 dan 5 Februari ini.