sukan

Ubi muda mendapat perhatian pasukan lain

Prestasi bvruk apabila menghuni tangga tercorot Liga Perdana musim 2021 bukan bermakna barisan pemain Skuad Projek FAM-MSN tidak laku.

Ini kerana, tonggak pasukan terbabit musim 2021 Azhad Harraz Arman sudah membuktikan bahawa pemain yang terdiri daripada ‘ubi muda’ itu sebenarnya bernilai sekali gus mendapat perhatian pasukan Liga Super, Sabah FC baru-baru ini.

Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN, Hassan Sazali Waras berkata, berdasarkan prestasi terkini pemain kemungkinan lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah Azhad untuk beraksi bersama pasukan lain pada masa akan datang.

Beliau berkata, melihat peningkatan yang telah dilakukan Azhad selepas menyumbang lapan gol dalam pasukan pada musim lalu, Hassan mahu pemain muda lain turut sama memberikan aksi cemerlang selain enggan terus dilabel skuad yang menjadi lubuk gol kepada lawan lain pada musim ini.Saya sudah mengenalpasti 26 pemain yang didaftarkan untuk pasukan ini dalam saingan Liga Perdana dan kita juga sudah seminggu melakukan program pramusim bersama pemain-pemain ini.

Memang objektif sebenar saya adalah akan ada pemain yang boleh melebarkan sayap seperti yang dilakukan oleh Azhad sama ada ke peringkat kebangsaan atau pun pasukan Liga Super.Insya Allah saya akan memberikan tunjuk ajar terbaik bagi membimbing mereka untuk mendapat pengalaman yang diinginkan pada musim ini,” katanya.

sumber:- HM

Selain itu beliau berkata, anak buahnya dijangka berdepan sekurang-kurangnya lapan perlawanan persahabatan sebagai persediaan sebelum bermula saingan Liga M.