sukan

Akhirnya Terb0ngkar jua

ituasi kelam k4but dengan menghantar skuad ‘tangkap muat ke kejohanan Piala AFF 2020 di Singapura baru-baru ini akhirnya terb0ngkar apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menukar perancangan saat akhir dengan mahu menghantar skuad Bawah 23 tahun (B23) kepada pasukan senior.

Situasi terbabit didedahkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa penukaran perancangan pada saat akhir itu menyebabkan moral dan semangat pemain ‘r0sak’ untuk beraksi mewakili negara.

Beliau berkata, kebanyakan pemain yang beraksi untuk negara bukanlah robot apabila perubahan berkenaan mengganggu perancangan mereka yang kebanyakannya hanya berehat selama enam hari saja sebaik tamat kejohanan Piala AFF 2020 sebelum perlu mendaftar diri menyertai kelab untuk persediaan pra musim.Pemain ada perasaan, emosi serta moral pemain… Kalau nak pemain bagi yang terbaik untuk pasukan kebangsaan perlu jaga perkara itu.

Ini tidak, kata mula-mula mahu hantar pasukan Bawah 23 tahun di Piala AFF kemudian saat akhir tukar untuk hantar skuad utama iaitu senior kerana Bawah 23 kena fokus perkara lain.

Bila tukar perancangan seperti ini, semangat pemain dalam pasukan akan jatuh… pada masa sama jurulatih (Tan Cheng Hoe) pula tak memainkan peranan dan perancangan tak jelas menyebabkan pasukan kebangsaan gagal, katanya.

Sebelum ini, persiapan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe khususnya menjelang saingan Piala AFF di Singapura bulan lalu dilihat cacam4rba apabila pasukan hanya sempat berlatih bersama skuad penuh selama dua hari sebelum terbang ke Kota Singa.

Malah, pasukan juga langsung tidak diuji dalam mana-mana perlawanan persahabatan, di mana kek4ngan utama adalah disebabkan perlawanan akhir Piala Malaysia yang hanya berakhir dua hari sebelum pasukan ke Singapura.

sumber:- HM

Akhirnya, pasukan negara g4gal melepasi peringkat kumpulan Piala AFF yang kemudiannya menyaksikan Cheng Hoe mengundurkan diri selepas dikrtik hebat oleh peminat bola sepak tanah air di atas keg4galan itu.