sukan

Bekas pemain Brazil Bakal Beraksi dengan Sabah FC

Jackson de Souza, 31, bekas pemain pert4hanan kelab terkemuka di Brazil iaitu Sao Paulo merupakan antara tiga pemain import yang diumumkan Sabah FC bagi memp3rkuat cab4ran pasukan itu dalam s4ingan Liga Malaysia musim ini.Sabah FC menerusi kenyataan malam ini memaklumkan pasukan itu turut mendapatkan dua pemain bagi p0sisi peny3rang iaitu Altemir Cordeiro Pessoa Neto, 27, juga dari Brazil dan Taiki Kagayama, 25, dari Jepun.

Kenyataan itu menyebut de Souza mula bermain secara profesional untuk Sao Paulo dari 2008 hingga 2010 selain sembilan kelab lain di Amerika Selatan hingga tahun lepas antaranya Internacional dan Palmeiras.Beliau telah membuat 205 kemunculan bersama kelab yang diwakilinya dan berjaya menjaringkan sebanyak 11 gol. Kelab terakhir yang diwakilinya ialah Fortaleza Esporte Clube di Brazil,” menurut kenyataan itu.

Neto pula mula bermain secara profesional bersama kelab Placidi De Castro di Brazil pada 2013 hingga tahun lepas dan menyertai sembilan kelab lain di Amerika Selatan yang menyaksikan 158 penampilan dengan 50 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah Clube do Remo.Kagayama pernah beraksi di Eropah iaitu di Finland bersama tiga kelab antara 2019 hingga 2021 dan melakukan 67 penampilan dengan 15 gol manakala kelab terakhir diwakilinya ialah FC Inter Turku.

Musim ini, Sabah mengekalkan dua pemain import iaitu pemain pertahanan Park Tae-Soo dari Korea Selatan serta pemain s4yap Saddil Ramdani dari Indonesia dan dengan pengumuman tiga pemain import terbabit malam ini, skuad The Rhinos telah melengkapkan kuota pemain importnya.

SUMBER: BH

Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee sebelum ini dilaporkan berkata kehadiran ketiga-tiga pemain import Sabah FC dilihat akan membawa perubahan kepada str4tegi permainan yang sedang dic4turnya untuk pasukan itu. – BERNAMA