sukan

Imbas kembali peristiwa lalu – JDT

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan bahawa peristiwa pahit Harimau Selatan kalah 0-2 di tangan Kuala Lumpur City (KL City) di final Piala Malaysia musim lalu tidak akan berulang lagi.

Dalam sesi temubual bersama stesen televisyen swasta, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengakui melakukan kesilapan kerana memasukkan perancangan untuk memenangi Piala Malaysia pada saat akhir.Beliau bagaimanapun tetap menganggap pencapaian JDT pada musim lalu sebagai rekod yang bagus selepas hanya tewas sekali dalam Liga Super dan sekali di Piala Malaysia.

Ia salah saya juga kerana Piala Malaysia bukan sebahagian daripada perancangan kami. Pemain masa itu pun sudah ada perancangan, kita sudah menang liga mungkin lepas ini bercuti dan selepas itu saya cakap tidak, saya mahu menang Piala Malaysia.

Silap saya, saya buat perubahan saat akhir terhadap perancangan kami. Tapi saya ingin ucapkan terima kasih dan syabas kepada pemain kerana mereka memberi yang terbaik.

Masa lawan Kuala Lumpur, kita kalah di (final) Piala Malaysia 2-0 bukan kerana Kuala Lumpur lebih baik daripada kami, saya boleh jamin. Kalau esok itu juga awak suruh lawan Kuala Lumpur, benda itu tidak akan berlaku dan benda itu tidak akan berlaku lagi.

Tapi kita buat kesilapan individu, mungkin hilang fokus atau sebagainya dan kita kalah. Memang hari itu orang kata tak ada nasib, empat lima peluang di depan gol masa babak pertama tak masuk, kena tiang dan sebagainya.

Jadi tiada nasib. Tapi saya tahu yang benda itu tidak akan berlaku lagi dan saya boleh jamin. Ia kerana saya yakin dengan pemain yang ada dalam pasukan ini, bukan nak cakap besar,” katanya.

Kekalahan dialami JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 30 November lalu mengejutkan seluruh peminat bola sepak tanah air kerana reputasi besar dimiliki Harimau Selatan selain hampir tiada langsung harapan yang diletakkan ke atas KL City untuk memenangi Piala Malaysia.

sumber:- BH

Selain itu, TMJ turut menjelaskan bahawa beliau bersyukur atas kekalahan di tangan KL City kerana ia menyedarkan pengurusan pasukan Harimau Selatan untuk membuat perancangan lebih rapi pada masa akan datang.