sukan Syok Woo Baca

KDA FC tampak gar4ang musim ini

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan gabungan pemain baharu semakin menunjukkan keserasiannya apabila menewaskan skuad Liga M3 Respect FC 5-0 dalam aksi persah4batan ketiga diadakan di Stadium Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok semalam.

Lima gol berkenaan disumbangkan striker import utama iaitu Ronald Ngah yang mel3dak gol pertama, diikuti dua gol oleh Dennis Buschening dan satu gol masing-masing oleh Jang Suk Won dan Fayadh Zulkifli.

Perkembangan itu dilihat sesuatu member4ngsangkan buat skuad kendalian Aidil Sharin Sahak yang kini dalam langkah awal membentuk keser4sian dan persefahaman dikalangan pemain baharu KDA FC sebelum Liga Malaysia (Liga M) bermula Mac depan.Menurut Aidil Sharin, walaupun dengan tiga keputusan kemenangan yang diperolehi setakat ini, skuad KDA FC masih berada di fasa awal dan masih belum melengkapkan strategi keseluruhan posisi dalam pasukan.

Dalam latihan, kami hanya bermula dengan penekanan di posisi pertahanan setakat ini, manakala di bahagian tengah dan serangan belum lagi sepenuhnya dimulakan kerana semua posisi perlu diasah bermula dari asasnya terlebih dahulu.

Masih banyak aspek peningkatan yang perlu dilakukan dan kami akan membina pasukan ini secara berperingkat apabila melalui semua latihan dan perlawanan pemanas badan yang akan berlangsung selepas ini.Saya bagaimanapun berpuas hati dengan perkembangan terutama tahap keser4sian, kesungguhan dan k0mitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pemain yang memulakan latihan termasuk aksi tiga perlawanan persahabatan yang kami lalui setakat ini.” katanya.

KDA mengharungi dua perlawanan persah4batan sebagai pemanas badan sebelum ini tampil dengan penuh keyakinan apabila membenam kelab Liga M3 MADA FC, 10-0 dan diikuti dengan kemenangan 1-0 ketika men3ntang skuad Piala Presiden Kedah (Bawah 21 tahun).

KDA dijadualkan men3ntang satu lagi kelab Liga M3 Langkawi City FC di Alor Setar pada 1 Februari, sebelum beraksi di luar Lembah Klang dalam ‘Klang Valley Tour’ bermula 5 Februari hingga 9 Februari depan.

sumber:- HM

Kemuncak persediaan sebelum memasuki Liga M musim ini, skuad Hijau Kuning bakal terbang ke Sabah untuk melengkapkan satu kejohanan empat penjvru bermula 10 hingga 19 Februari depan membabitkan tiga pasukan yang dijangka iaitu Sabah FC, Sarawak United dan Kelantan FC.