sukan Syok Woo Baca

Status terkini Lee Tuck dan Sergio Aguero

Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) mengesahkan dalam proses mendaftarkan dua pemain import, Lee Tuck dan Sergio Aguero sebagai pemain naturalisasi bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Sumber SPFC berkata, proses pendaftaran sedang dilakukan mengikut syarat yang ditetapkan untuk menyenaraikan dua pemain import itu sebagai pemain tempatan.Setakat ini, segala proses berjalan lancar dan mengharapkan segala yang dilakukan berjalan mengikut perancangan.

Ini kerana Sri Pahang sudah menandatangani lima import bagi saingan Liga M musim ini dan sudah pasti Tuck dan Aguero yang sudah lama beraksi di Liga M dapat dinaturalisasikan musim ini.Sri Pahang juga mengharapkan Tuck dan Aguero dapat beraksi sebaik Liga M yang dijadualkan bermula Mac depan,” kata sumber itu.

Kelmarin, selepas SPFC mengesahkan menandatangani lima pemain import bagi saingan Liga M musim ini, timbul persoalan kedudukan dua lagi import mereka iaitu Tuck dan Aguero.Ini kerana pengurusan kelab itu sebelum ini mengesahkan dua pemain import berkenaan kembali bersama Sri Pahang musim ini.

Namun, kehadiran lima import iaitu Manuel Hidalgo, Mamadou Samassa, Mahmoud Za’tara, Johan Martial dan Billy Ketkeophomphone kini mencetuskan tanda tanya mengenai status Tuck dan Aguero.Musim lalu, kelab itu meminjamkan Tuck kepada Terengganu FC (TFC) manakala Aguero pula bersama Perak FC (PFC).

sumber:- HM

Jika ia menjadi kenyataan, skuad kendalian Christophe Gamel bakal memiliki barisan pemain berpengalaman terutama pemain import.