sukan Syok Woo Baca

Skuad kendalian Aidil Sharin semakin menyerlah

ALOR SETAR: Dua siri aksi pramusim iaitu Jelajah Lembah Klang dan Sabah yang diatur Kedah Darul Aman (KDA) FC mulai Sabtu ini melengkapkan persiapan skuad Hijau Kuning menjelang Liga Malaysia (Liga M) yang bermula bulan depan.

Ini fasa penting bagi menilai kekuatan sebenar skuad kendalian Aidil Sharin Sahak selepas menamatkan empat perlawanan pramusim di sini bertemu MADA FC, Skuad bawah 21 tahun Kedah, Langkawi City FC dan Respect FC dengan jumlah keseluruhan jaringan 18 gol tanpa dibolosi.

Aidil berkata, skuadnya yang sudah melengkapkan empat perlawanan di tempat sendiri, kini mahu melihat lebih jauh kemampuan skuad Hijau Kuning apabila berdepan pasukan dari luar Kedah di Liga Perdana dan Liga Super serta dibarisi pemain di peringkat berbeza.

Saya berharap semua pemain dapat memanfaatkan peluang ini dengan sebaiknya agar tahap persefahaman, semangat dan kerjasama dalam pasukan dapat terus ditingkatkan apabila bertemu pasukan yang lebih menc4bar tambahan pula dengan kehadiran pemain import mereka.

Terlalu awal hendak dikatakan mengenai kemampuan sebenar melalui empat perlawanan pem4nas badan walaupun dilalui dengan keputusan yang baik dan tanpa b0los, kami perlu perlu terus pandang ke depan dan bersedia untuk menghadapi saingan peringkat yang lebih tinggi.” katanya.

Tiga perlawanan yang akan menguji KDA FC selepas ini bermula dengan aksi di Lembah Klang (Jelajah Lembah Klang) men3ntang skuad Liga M3 PIB FC di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong Sabtu ini.

Ini diikuti perlawanan men3ntang pasukan Liga Perdana, PDRM FC di padang yang sama pada Isnin sebelum melengkapkan jadual di Lembah Klang bertemu skuad UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam pada 9 Februari.

sumber:bh

Skuad kendalian Aidil Sharin seterusnya akan ‘terb4ng’ ke Sabah bagi melengkapkan fasa terakhir pramusim melalui aksi perlawanan Jelajah Sabah dengan aksi empat penjuru menentang pendatang baharu Liga Super, Sarawak United FC pada 12 Februari, Kelantan FC (15 Februari) dan Sabah FC (18 Februari) yang masing-masing berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu.