sukan

Tidak sabar menunggu penampilan prestasi Kipre

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tidak menganggap kehadiran semula bekas striker skuad itu, Kipre Tchetche sebagai pelengkap kuota import pasukan.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Kelantan itu yakin kehadiran pemain berpengalaman berusia 35 tahun itu mampu memperkuatkan jentera s3rangan skuad Penyu musim ini.

Malah, dia percaya striker kelahiran Ivory Coast itu masih lagi berbisa dan digeruni lawan walaupun semakin berumur selain melabel pemain itu antara striker terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Saya gembira dengan kembalinya penyerang, Tchetche bersama pasukan TFC musim ini selepas dua musim bersama pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Secara peribadi saya lihat pemain itu masih lagi striker berb!sa dalam saingan Liga M walaupun kita tahu dia semakin berusia.Jika kita analisis dengan umurnya dia sebelum ini pun, penyudahnya lebih baik berbanding striker lebih muda daripadanya, lagipun kami sudah saling memahami corak permainan dan taktikal yang diterapkan, jadi ini sudah pasti memberi kelebihan dan memudahkan kami.Lebih-lebih lagi pemain itu sendiri sudi untuk kembali bersama pasukan TFC, jadi kami harapkan dia mampu memikul tugas di depan gol dengan lebih baik bagi memastikan misi pihak pengurusan musim ini tercapai,” katanya.

Tchetche yang meledak 29 jaringan sepanjang 51 penampilan bersama TFC bermula pertengahan musim 2017 hingga 2019 dijangka bakal bergandingan dengan sahabatnya ketika bersama KDA FC, Kpah Sherman di posisi serangan.

sumber:- BH

Ketika menyarung jersi KDA FC bermula 2020 hingga musim lalu, bekas striker kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman itu menjaringkan 17 gol dalam 32 penampilan.