Info sukan

BUKAN DARI FAM SEBENARNYA TAPI DARI PIHAK LAIN

Bukan kita yang luluskan permohonan naturalisasi, tetapi pihak kerajaan menerusi JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).” Demikian jawapan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar bagi menangkis dakwaan tidak berasas pemain kacukan negara, Curran Ferns yang menuduh badan induk itu mudah ditipu oleh tonggak import bagi mendapatkan status naturalisasi.

Jelas Saifuddin, proses kelulusan permohonan bagi mendapatkan kerakyatan negara ini dilakukan dengan teliti oleh pihak kerajaan dan FAM tiada kuasa untuk menentukannya.

Yang bagi status ini JPN, jadi bermakna dia kena ikutlah perlembagaan negara, sama ada mak dia orang Malaysia atau bapa dia orang Malaysia dan sebagainya. Dari segi kerakyatan, ini bukan FAM yang kemukakan, ia di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menyokong, bukan kita.

“Semua ini di bawah kerajaan, FAM tiada berkaitan mengenai perkara ini,” katanya sekali gus menolak tuduhan Ferns itu.

Malah katanya, ketika ini FAM sendiri sudah menghentikan sementara Program Naturalisasi dan badan induk itu tidak terbabit dalam sebarang urusan menaturalisasikan mana-mana pemain.

Namun menurutnya, jika Persatuan Bolasepak Negeri (FA) mahupun kelab dalam saingan Liga Malaysia mahu menaturalisasikan pemain import, itu hak mereka.

“Terpulang kepada FA dan kelab seperti mana pernah dimaklumkan oleh Presiden FAM yang kelab boleh buat naturalisasi, tetapi FAM tak buat lagi. Kalau kelab fikir yang pemain itu layak atau pemain itu boleh untuk naturalisasi, mengapa tidak. Cuma FAM tak ada campur tangan dalam hal ini,” katanya.

Akhbar ini hari ini melaporkan Ferns mempertikaikan di laman sosial miliknya bagaimana FAM boleh memberi taraf naturalisasi kepada pemain import untuk beraksi sebagai pemain tempatan dalam Liga M dengan hanya ‘menjual’ wajah seiras warga tempatan serta nama yang seakan-akan dengan rakyat negara ini.

sumber:- HM

Walaupun tidak menamakan pemain yang dimaksudkan, kebetulan kelab Sri Pahang FC dilaporkan sedang berusaha menaturalisasikan dua pemainnya iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.