sukan

KDA FC miliki impian atasi JDT

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meletakkan s4saran Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah menjelaskan tidak mustahil sasaran itu dapat dicapai sekiranya pasukan berkenaan yang kini dikenali sebagai skuad Sang Kenari mendapat sokongan kukuh dari aspek kewangan.

Kita punya resepi adunan cukup hebat. Orang Kedah ini kalau kata pulun itu memang habislah, tak ada apa dah halangan di depan. Tinggal lagi masalah itu saja (dana).Saya kata kewangan ini macam garamlah, dia punya cita rasa cukup cantik. Saya rasa JDT bukan lawan kita kalau cukup (dana). Sasaran kita untuk atasi JDT tahun ini, Insya-Allah, bukan mustahil. Kita akan jadi juara Liga Super,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memperkenalkan penaja dan rakan rasmi KDA FC musim 2022 di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Sanusi turut mengumumkan pasukan Kedah kini turut dikenali sebagai skuad Sang Kenari manakala Lang Merah pula buat pasukan di bawah KFA.

Sementara itu, Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata sasaran utama pasukan itu musim ini adalah untuk menjuarai Liga Super selepas dua tahun berturut-turut bergelar naib juara pada 2020 dan 2021.Kita cuba sasarkan juara piala liga dan juga salah satu pertandingan sama ada Piala FA atau Piala Malaysia, (sekurang-kurangnya) satu piala.

“Kita sudah dua tahun di kedudukan kedua, jadi mungkin ada peningkatan dan itu biasa dalam sebarang industri pun. Tahun ini, Insya-Allah berkat dokongan Datuk Seri (Muhammad Sanusi) dan semua penyokong Kedah kita nak pulun habis-habisan.

sumber:- BH

“Kita nak menang sebanyak mungkin perlawanan dan pastikan mencapai rekod cemerlang,” katanya.