Info sukan

Kedah kini masih perlu bayar RM10 juta

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan badan induk berkenaan masih memiliki hutang kira-kira RM10 juta dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, ia adalah hutang lapuk yang terpaksa ditanggung oleh pengurusan persatuan berkenaan ketika ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, isu itu tidak menjejaskan usaha Kedah Darul Aman FC mendapatkan lesen kebangsaan untuk bersaing dalam Liga Malaysia (Liga M) kerana mendapat surat daripada LHDN untuk menyelesaikan hutang berkenaan.

Hutang dengan badan berkanun ada lagi, kita sedang uruskan dengan Kementerian Kewangan. Bukan baru, yang lama, zaman Liridon (Krasniqi) dan sebelumnya. Liridon pun sudah tua rasanya, cukai pendapatan dia ada tak bayar lagi.Jadi benda itu sudah terlalu lama tertangguh, ketika itu kenapa mereka tak pergi minta. Kita sudah mula bayar yang semasa, mereka kata kita sudah mula bayar, kita kena bayar yang belakang (lama) sekali.

Kita tanya kenapa tak minta dulu, mereka kata dulu tak bagi kerjasama. Jadi saya sudah mohon melalui kerajaan negeri kepada Kementerian Kewangan untuk melihat isu tunggakan kepada LHDN yang lebih kurang RM10 juta.

“LHDN keluarkan surat bahawa kita akan beri komitmen untuk membayar, tapi yang semasa kita bayar, tiada isu tunggakan. Tinggal lagi hutang lapuk,” katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan penaja dan rakan rasmi KDA FC musim 2022 di sini, hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Muhammad Sanusi menjelaskan KFA sudah menjelaskan kira-kira RM16 juta hutang termasuk membabitkan tunggakan gaji pemain selain LHDN dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, hutang itu terpaksa diselesaikan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan lesen untuk bersaing dalam Liga M musim 2021.Pada Mei 2020, kita berhutang dengan pemain tiga bulan gaji. Gaji pemain masa itu RM1.74 juta sebulan, kita berhutang KWSP, kita berhutang LHDN, kita berhutang dengan syarikat hotel, hutang campur semua pada masa itu RM10.6 juta.

Pada hari pertama saya jejak kaki jadi presiden (KFA) bulan Julai 2020, datang lagi hutang. Jumlah pada masa itu RM16 juta. Saya usaha dengan rakan-rakan bagi memastikan kita boleh penuhi syarat diletakkan FAM untuk dapat lesen bersaing pada musim 2021, pertama sekali bayar hutang.

Selesai semua gaji pemain, selesai tunggakan dengan badan berkanun, selesai dengan hotel, dengan bas dan macam-macam lagilah, dengan stadium. Memang keadaan sangat memeritkan, pada masa yang sama peminat dan penyokong nak persembahan, pencapaian pasukan terbaik.
sumber:- BH

Tak ada orang yang tanya pun apa masalah yang kita hadapi, orang nak kita berikan persembahan untuk jadi juara,” katanya.