sukan Syok Woo Baca

Pesaing Hebat buat Harimau Malaya (B-23)

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Brad Maloney melihat pasukan Indonesia bakal menjadi pesaing terku4t dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan AFF B-23 di Phnom Penh, Kemboja, nanti.

Jelas Maloney, situasi itu bersandarkan kepada kejayaan skuad senior Indonesia yang mara hingga ke pentas final pada kempen Piala AFF di Singapura pada Disember lalu, di mana hampir separuh pemain adalah di bawah usia 23 tahun.

Justeru, pengalaman yang diraih pasukan jiran serumpun itu bakal memberi ujian besar buat skuad negara di peringkat kumpulan itu nanti.Saya lihat Indonesia sebuah pasukan yang berpengalaman dengan pemain mereka adalah tunjang utama pasukan senior di Piala AFF dekat Singapura tempoh hari.Kejayaan mereka mara ke final membuktikan kualiti yang ada pada pasukan itu dan kita harus bersedia sedia untuk menghadapi mereka.

Bukan saja Indonesia, malah dua lagi penc4bar dalam Kumpulan B iaitu Myanmar dan Laos juga perlu diberi perhatian. Tapi kelebihan saya fikir di pihak Indonesia,” katanya kepada Arena Metro.Selain Indonesia, skuad negara turut perlu menentang Myanmar dan Laos untuk merebut tiket ke separuh akhir, dengan format kali ini hanya memberikan slot kepada tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik ke peringkat empat terbaik.

Berdasarkan jadual perlawanan, Malaysia akan membuka tirai kempen dengan berdepan Myanmar di Stadium Prince pada Selasa ini, diikuti Laos tiga hari kemudian di venue sama.

sumber:hmetro

Indonesia akan menjadi lawan terakhir di peringkat kumpulan pada 21 Februari ini di Stadium Nasional Morodok Techo sebelum aksi separuh akhir dan final masing-masing berlangsung pada 24 dan 26 Februari.