Info sukan

Luahan Pemain Sabah FC ini

Selepas beberapa musim berg3lut mendapatkan prestasi terbaik akibat kec3deraan, striker Sabah dan bekas pemain bawah 23 (B-23) tahun negara, N Thanabalan berharap musim 2022 akan menjadi detik kebangkitan semula dalam kariernya.Menurut pemain berusia 27 tahun itu, dia tidak pernah berputus asa atau terfikir mahu bersara awal walaupun sukar mendapat tempat dalam beberapa pasukan yang disertainya seperti Negeri Sembilan, Kedah dan Perak II.

Katanya, soal kec3deraan adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh mana-mana pemain yang menyaksikan ramai antara mereka terpaksa bersara lebih awal.Kec3deraan dalam bola sepak ini adalah satu perkara yang biasa dalam bola sepak dan ramai juga pemain yang ‘hilang’ kerana mas4lah kec3deraan di bahagian kaki.

“Sebelum datang ke Sabah, saya memang ada alami mas4lah kec3deraan di lutut kanan hingga perlu jalani proses pemvlihan. Namun saya rasa lega kerana dapat juga beraksi pada penghujung tahun lalu.

Saya tidak kisah jika orang tidak lagi ingat saya selepas pernah bantu pasukan negara mara ke final Sukan SEA 2017 kerana sebagai pemain bola sepak, situasi ini adalah lumrah.Apa yang penting, jangan sama sekali berpvtus asa dalam karier dan saya tengah cuba buktikan selepas berjaya untuk terus bersama Sabah pada musim ini,” katanya.

Selepas namanya menjadi perhatian ramai peminat bola sepak negara apabila membawa pasukan negara mara ke perlawanan akhir Sukan SEA 2017, kariernya seakan-akan merudum apabila kurang menjadi dalam kebanyakan pasukan yang disertai.

Namun segala-galanya seperti bakal menampakkan perubahan di Sabah apabila Thanabalan yang tidak beraksi hampir separuh musim Liga Malaysia, mula diberi kepercayaan untuk bermain selepas pulih sepenuhnya dari kecederaan.

sumber:- BH

Dia diturunkan sebanyak tujuh kali dalam kesebelasan utama selain tiga kali selaku pemain gantian dengan 10 penampilan secara keseluruhan bersama Sabah.