Info sukan

Luahan Terkilan Pemain Sri Pahang

Pemain tengah Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff mengakui terkilan kerana tidak dapat bersama skuad itu pada Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Kuala Terengganu yang berakhir kelmarin.Pemain kelahiran Kuantan, Pahang itu berkata, kec3deraan pada kaki kiri menyebabkan impian bersama rakan sepasukan tidak kesampaian.

Saya mengalami kec3deraan ini ketika menjalani latihan di Pekan iaitu dua hari sebelum Sri Pahang bertolak ke Kuala Terengganu.

Memang terkilan kerana saya sudah bersedia memberikan persembahan yang terbaik untuk membantu pasukan pada kejohanan itu.Tapi kec3deraan ini menyebabkan saya perlu berehat sekurang-kurangnya tiga minggu untuk kembali sembuh.

“Ketika ini saya menjalani fisioterapi setiap hari di sebuah hospital swasta dan dijangka kembali berlatih bersama pasukan awal bulan depan,” katanya.

Musim ini, Abdul Malik masih diberi kepercayaan untuk menyarung jersi skuad Tok Gajah bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Namun, kehadiran beberapa pemain baharu termasuk import dijangka memberi saingan kepada Malik untuk berada dalam kesebelasan utama.

Skuad kendalian Christophe Gamel itu memiliki ramai pemain berpengalaman dan dijangka berlaku perebutan di posisi tengah.

sumber:- HM

Antara pemain yang bakal memberi saingan di posisi tengah antaranya Sean Gan Giannelli, Baqiuddin Shamsudin dan Zuhair Aizat Mohd Nazri.